CERAMAH UTAMA DI IPPA, PERKASA IBADAH

Kongsikan artikel ini :

Wadah Mengisi Program Saya Orang Siaga (S.O.S) Siri 2/2025 Dengan Tema Ramadan Bulan Ibadah Menjemput Barokah

Kajang, 13 Mac 2025 – Bahagian Pengurusan Latihan IPPA telah menganjurkan program Saya Orang Siaga (S.O.S) Siri 2/2025 dengan tema “Ramadan Bulan Ibadah Menjemput Barokah”. Program ini diadakan di Auditorium Tun Teja, Ibu Pejabat Pertahanan Awam dan bertujuan untuk memberi penghayatan lebih mendalam mengenai keberkatan Ramadan serta kepentingan meningkatkan amal ibadah sepanjang bulan mulia ini.

Program ini menampilkan Encik Megat Mohd Azlan Md Arshad, Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), sebagai penceramah utama. Turut hadir ialah YS Kol. (PA) Fazlisyah bin Muslim, Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan IPPA, bersama Lt. Kol. (PA) Syed Azam Shah bin Syed Baharom, Lt. Kol. (PA) Nasrullah bin Mohamad Nadzir, pegawai kanan APM, pegawai dan anggota APM serta warga kerja Ibu Pejabat Pertahanan Awam.

Pengisian Ceramah: Ramadan sebagai Bulan Ibadah & Tarbiyah

Dalam ceramahnya, Encik Megat Mohd Azlan menekankan bahawa Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi ia adalah bulan tarbiyah rohani dan mujahadah nafs untuk mencapai tahap taqwa yang lebih tinggi. Beliau turut mengupas makna taqwa berdasarkan kata-kata Saidina Ali RA, yang menyebut bahawa taqwa ialah rasa takut kepada Allah yang Maha Mulia, beramal dengan kitab yang diturunkan iaitu al-Qur’an, redha dengan yang sedikit, serta sentiasa bersiap sedia untuk kehidupan akhirat. Keempat-empat elemen ini menjadi asas kepada seseorang Muslim untuk memperbaiki diri sepanjang bulan Ramadan.

Beliau menegaskan bahawa dalam bulan Ramadan, umat Islam digalakkan untuk meningkatkan amal ibadah dengan memperbanyakkan solat sunat, membaca al-Qur’an, berzikir, bersedekah, dan menghidupkan malam dengan qiyamullail. Selain itu, umat Islam juga perlu memperbaiki niat dalam beribadah dengan penuh keikhlasan serta mengharapkan redha Allah. Para salafussoleh sendiri sentiasa berdoa agar mendapat keberkatan Ramadan, justeru penting bagi kita untuk sentiasa bermunajat dan memohon agar ibadah diterima.

Ramadan juga merupakan bulan al-Qur’an kerana ia diturunkan dalam bulan ini, oleh itu membaca dan memahami isi kandungan al-Qur’an adalah satu amalan yang perlu diperkukuhkan. Selain itu, amalan bersedekah dan memberi makan kepada orang yang berpuasa sangat digalakkan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Tidak ketinggalan, solat malam seperti tahajud dan tarawih membawa banyak kelebihan serta barakah dalam kehidupan seharian. Semua amalan ini bukan sekadar meningkatkan hubungan dengan Allah tetapi juga memperkukuh nilai kebersamaan dalam masyarakat.

Selain aspek ibadah, beliau juga mengingatkan bahawa Ramadan adalah bulan jihad, bukan hanya dalam bentuk fizikal tetapi juga jihad rohani dalam melawan hawa nafsu. Mujahadah yang dilakukan sepanjang Ramadan seharusnya membentuk disiplin diri untuk istiqamah dalam amal ibadah walaupun selepas bulan ini berlalu. Ramadan bukan sekadar bulan latihan tetapi juga bulan pembentukan karakter Muslim yang lebih kuat, lebih sabar, dan lebih bertanggungjawab dalam setiap aspek kehidupan.

Sesi Soal Jawab dan Penyampaian Cenderamata

Program diakhiri dengan sesi soal jawab yang membolehkan peserta berkongsi pandangan serta bertanyakan soalan berkaitan amalan terbaik sepanjang Ramadan. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan, dengan seramai 68 peserta hadir terdiri daripada pelbagai bahagian di IPPA.

Sebagai penghargaan, pihak penganjur turut menyampaikan cenderamata dan sijil kepada penceramah sebagai tanda penghargaan atas perkongsian ilmu yang bermanfaat. Program ini diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada seluruh warga IPPA untuk memanfaatkan bulan Ramadan dengan penuh kesungguhan serta menjemput barakah dalam kehidupan seharian.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM
zulkifli hassan

TAHNIAH YB SENATOR DR. ZULKIFLI HASSAN DILANTIK MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

WADAH Rakam Tahniah kepada YB Senator Dr. Zulkifli Hassan atas Pelantikan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Kuala Lumpur, 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli bin Hassan atas pelantikan beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Pelantikan ini […]

Baca Lanjut
MUSTAPHA SAKMUD

TAHNIAH YB DATUK TS MUSTAPHA SAKMUD DILANTIK MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (URUSAN SABAH & SARAWAK)

WADAH Rakam Tahniah kepada YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud atas Pelantikan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Urusan Sabah dan Sarawak) Kuala Lumpur, 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Datuk Ts. Mustapha bin Sakmud atas pelantikan beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Urusan Sabah dan Sarawak). […]

Baca Lanjut
dr muhammad nur manuty

MAJLIS MENGENANG JASA & SUMBANGAN PROFESOR DATO’ DR. MUHAMMAD NUR MANUTY (12 DIS 1949 – 26 JUN 2025) – DATO’ AHMAD AZAM AB RAHMAN

Oleh: Dato’ Ahmad Azam Ab RahmanPresiden WADAH Pencerdasan Umat MalaysiaHotel Tenera, 11 Disember 2025 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِوَبِهِ نَسْتَعِيْنُ Para hadirin yang dihormati, keluarga besar Allahyarham Profesor Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty, para sahabat seperjuangan dari PKPIM, ABIM, WADAH, IKIM, rakan-rakan akademia dan para tetamu sekalian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pada pagi yang penuh makna ini, […]

Baca Lanjut

PMX TITIP PESAN ISLAH DI MUKNAS19

PMX Menegaskan Pentingnya Hikmah, Pencerahan Dan Keteguhan Nilai Dalam Merealisasikan Agenda Islah Dan Reformasi Negara Di Muktamar Nasional WADAH Kali Ke-19 Seberang Jaya, 29 November 2025 – Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim , menekankan kembali asas perjuangan islah dan reformasi ketika menyampaikan ucapan di Muktamar Nasional WADAH (MUKNAS19) yang berlangsung di Permatang Pauh. […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
633
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
201073
Klik Sini