KETUA MIW DIANUGERAHKAN “DIAMOND AWARD”

Kongsikan artikel ini :

PROF. DR. MUHAMMAD NUR MANUTY TERIMA PENGHARGAAN BERPRESTIJ DI SINGAPURA

Alhamdulillah, pada 18 Januari 2025 (Sabtu), Ketua Majlis Istisyari Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Profesor Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty, telah dianugerahkan “Diamond Award” sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik yang dianjurkan oleh Muslim Convert Association of Singapore (MCAS). Penghargaan ini diberikan sebagai pengiktirafan atas sumbangan besar beliau dalam bidang pendidikan, pemikiran Islam, serta usaha dakwah di peringkat serantau dan antarabangsa.

Majlis ini merupakan acara berprestij yang menghimpunkan pencapaian cemerlang pendidik, pelajar, serta pemikir terkemuka sebagai pengiktirafan atas sumbangan mereka kepada institusi ini. Dalam ucapan penghargaan beliau, Prof. Dr. Muhammad Nur Manuty menzahirkan rasa syukur dan penghargaan kepada MCAS atas penghormatan ini. Beliau menekankan kepentingan ilmu, kebijaksanaan, serta nilai-nilai Islam yang menjadi teras dalam membangunkan masyarakat yang progresif dan inklusif.

Tahun 2025 ini turut menandakan ulang tahun ke-45 MCAS, simbol perjalanan gemilang organisasi ini dalam menyebarkan kefahaman Islam kepada masyarakat Islam dan mualaf di Singapura. MCAS terus memainkan peranan penting dalam membimbing dan membangunkan potensi umat Islam di negara tersebut melalui pelbagai program pendidikan dan kebajikan.

Untuk makluman, Prof. Dr. Muhammad Nur Manuty merupakan seorang tokoh akademik dan pemikir Islam yang disegani di Malaysia dan peringkat antarabangsa. Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di beberapa universiti ternama dan turut aktif dalam gerakan Islam di Malaysia. Selain menjawat jawatan sebagai ketua Majlis Istisyari WADAH, beliau juga merupakan Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), ditubuhkan untuk Memelihara, meningkat dan menyebar kefahaman Islam yang benar kepada masyarakat melalui penganjuran program, penyiaran dan penerbitan. Pada 15 Julai 2024, beliau turut dilantik sebagai Anggota Kehormat Kesatuan Ulama Muslim Sedunia (IUMS), mengukuhkan lagi peranan beliau dalam arena keilmuan dan pemikiran Islam di peringkat antarabangsa.

Anugerah ini bukan sahaja satu pengiktirafan kepada sumbangan Prof. Dr. Muhammad Nur Manuty, tetapi juga mengangkat nama Malaysia dalam usaha memartabatkan kefahaman Islam di peringkat global. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada generasi akan datang dalam meneruskan usaha membangun masyarakat yang berilmu dan berakhlak tinggi.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
orang asli

WADAH SANTUNI MASYARAKAT ORANG ASLI MELALUI PROGRAM AGIHAN PEK CERIA RAYA

Sungai Gabai, 14 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Yayasan Taqwa telah melaksanakan Program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) di Kampung Orang Asli Sungai Gabai sebagai sebahagian daripada usaha menyantuni masyarakat Orang Asli serta memperkukuh hubungan silaturahim bersama komuniti setempat. Program tersebut turut melibatkan penyertaan pelajar latihan industri yang bersama-sama turun […]

Baca Lanjut
projek bubur lambuk

PROJEK BUBUR LAMBUK WADAH 2026: MENYEMAI UKHUWAH DAN KEPEDULIAN RAMADAN

Sungai Merab, 10 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Pusat Infaq WADAH telah melaksanakan Projek Bubur Lambuk 2026, mengedarkan 700 bekas bubur lambuk kepada pelbagai komuniti, institusi dan agensi sekitar. Program ini bukan sahaja menyediakan juadah berbuka puasa kepada masyarakat, tetapi juga menjadi platform untuk memperkukuh ukhuwah, mengeratkan semangat gotong-royong, dan […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
1446
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
415765
Klik Sini