SEBUAH KENANGAN MANIS: SANG PELITA UMAT , SHEIKH YUSUF AL QARADAWI , BUKU HADIAH UNTUK MUKTAMIRIN ke MUKTAMAR NASIONAL KE 18.
Dalam MUKNAS seperti biasa, terdapat gerai -gerai jualan di sekitar dewan. Ianya memberi peluang kepada usahawan kecil WADAH untuk mempamerkan dan menjual barang-barangnya mereka. Ada beberapa kedai yang menjual buku-buku selalunya menjadi tumpuan ahli. Mereka mencari-cari buku untuk menambah ilmu yang telah menjadi budaya dalam gerakan kta .
Saya bertanya, kepada salah satu gerai buku, kononya hendak beli naskah, “Seikh Yusuf AL Qaradawi , Sang Pelita Umat: sebuah Autobiografi, berapa harga? Penjual tiu menjawab; RM 150 encik, . Saya meletak kembali buku ke tempatnya, hasrat tak kesampaian untuk memiliki buku tersebut.Saya terus beredar dan terus ke tempat pendaftaran muktamar , mendaftar sebagai muktamirin dari salah sebuah negeri.
Apabila saya mendaftar dan meliha isi kandungan beg yang cantik kali ini, dan juga berat. Saya bertanya dalam hati “”Apalah buah tangan WADAH pusat beri kali ini? Saya terperanjat serta rasa terharu, gembira kerana mendapat buku yang sama yang cuba saya beli sebentar tadi. Alhamdulillah, syukur. Saya tak sangka hadiah buku bernilai tinggi diberi kepada semua muktamirin. Kalau dijual murah tentu WADAH dapat keuntungan banyak. Tetapi diberi percuma, suatu yang tidak terduga. Saya rasa bertuah dapat hadir ke muktamar kali ini bukan sahaja dapat bertemu dengan rakan rakan seperjuangan, mendengar perbahasan, mendapat ilmu dari seminar , serta mendapat tausiah dan taujiah tapi mendapat hadiah sebuah buku dari muktamar nasional kalli ini. Dan saya bawa balik kali penuh dengan semangat perjuangan.
Saya mengambil peluang mendapat tandatangan tokoh -tokoh gerakan kita , bagi membolehkan anak cucu saya dapat menikmatinya sebagai kenangan bahwa ibu bapa mereka pernah berada dalam perjuangan bersam-sama tokoh yang dikenali dalam dan luar negara.
Saya rasa ramai muktamirin tidak menyedari hadiah buku yang penuh bermakna ini. Ini adalah kali pertama usaha WADAH Pusat memberi hadiah keapda muktamirin . Saya berharap seminar pemikiran Dr Yusuf AL Qaradawi yang telah dirancang dapat diteruskan oleh negeri dan daerah bagi memahami pemikian tokoh yang dekat dengan gerakan kita ini.
Mungkin kita akan dapat ulasan buku ini dari tokoh kita , INSHA ALLAH. Semoga semua muktamirin teruskan perjuangan. Kita akan bertemu lagi dalam siri-siri muktamar , selagi nyawa dikandung badan.
BUKIT BINTANG, 8 April 2026 – Outreach Oasis Bukit Bintang (OOBB) sekali lagi menjadi saksi kepada penganjuran Usrah Gabungan Bulanan anjuran WADAH Wilayah Persekutuan yang dihadiri lebih 100 orang peserta. Program yang berlangsung pada 19 Syawal 1447H ini bukan sekadar pertemuan rutin, tetapi merupakan medan diskusi intelektual dan pengukuhan rohani yang sangat bermakna. Majlis dimulakan […]
SUNGAI MERAB, 5 April 2026 – Sambutan Hari Raya Aidilfitri WADAH 1447H tahun ini berlangsung dengan penuh signifikan apabila turut menjadi saksi kepada pelancaran sambutan Dua Dekad (20 Tahun) penubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH). Majlis yang diadakan di Anjung Rahmat, Sungai Merab Luar ini dihadiri oleh ratusan tetamu termasuk tokoh-tokoh masyarakat, pimpinan NGO, serta […]
KUALA LUMPUR, 2 April 2026 – Young Leadership Programme (YOU-LEAD) anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah berjaya mencatatkan sejarah tersendiri apabila berjaya menghimpunkan 40 orang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seluruh negara. Program tiga hari yang bermula pada 31 Mac ini bertujuan melahirkan agen perubahan yang […]
17 Mac 2026 – Semangat ukhuwwah dan kecintaan terhadap Kalam Allah menyemarakkan lagi Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Petugas WADAH 2026 yang berlangsung dengan penuh hiba dan kesyukuran hari ini. Program tahunan yang menjadi identiti WADAH dalam menyambut bulan Ramadan ini menghimpunkan seluruh petugas, aktivis, dan pelajar praktikal (intern) dalam satu majlis yang penuh barakah. […]