PRESIDEN WADAH SERTAI MISI KASHMIR DAN PAKISTAN

Kongsikan artikel ini :

2 Ogos 2021 – Presiden Wadah, Dato’ Hj. Ahmad Azam Ab. Rahman yang juga merupakan Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia OIC telah menyertai Misi Kashmir dan Pakistan. Misi ini dikendalikan oleh OIC dan Kerajaan Pakistan dan Kerajaan Azad Kashmir untuk menilai keadaan politik dan pelarian Kashmir yang semakin gawat.

Beliau juga turut menziarahi pusara Jeneral Zia-Ul-Haq, Presiden ke-6, Republik Islam Pakistan dari 1978-1988. Kematiannya masih misteri. Kapal terbang terhempas bersama pegawai tinggi tentera. Pemerintahannya terkenal kerana Perang Mujahidin Afghanistan menentang Soviet Union. Selain itu memperkenalkan program Islamisasi dan memacu ekonomi Pakistan. Jeneral Zia-Ul-Haq telah disemadikan di perkarangan Masjid Faisal, Islamabad.

Dato’ Hj. Ahmad Azam juga berkesempatan mengunjungi Prof. Dr. Anis Ahmad, salah seorang ilmuwan Islam yang berjasa di Pakistan.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM
orang asli

PELATIH INDUSTRI WADAH SANTUNI ANAK-ANAK ORANG ASLI SUNGAI GABAI MELALUI PROGRAM KOMUNITI

17 November 2026 | Editor WADAH SUNGAI GABAI, 17 November – Seramai 20 orang kanak-kanak masyarakat Orang Asli Sungai Gabai telah menyertai program komuniti yang dikendalikan oleh empat peserta Daie Muda YADIM (DMY) yang kini menjalani latihan industri di Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH). Program ini memberi tumpuan kepada aktiviti interaktif dan santai bersama kanak-kanak […]

Baca Lanjut
keibubapaan

Bengkel Keibubapaan Era Digital Perkasa Ibu Bapa Hadapi Cabaran Teknologi dan Penggunaan Gajet

KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]

Baca Lanjut
Indonesia

Kunjung Hormat Delegasi Pendidikan dan Pesantren Indonesia ke WADAH: Rapatkan Ukhuwah Serantau, Teroka Kerjasama Pendidikan Islam Malaysia-Indonesia

BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Hubungan Raja dan Rakyat Perlu Diperkukuh Berteraskan Amanah, Adat dan Perlembagaan

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
3575
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
1009527
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini