WADAH KECAM PEMBACAAN QUNUT NAZILAH KEPADA KEPIMPINAN NEGARA

Kongsikan artikel ini :

WADAH merasa kecewa dan sesungguhnya mengecam tindakan individu yang membaca Qunut Nazilah terhadap kepimpinan negara seperti yang didedahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. Doa Qunut Nazilah yang kita baca, dengar dan dianjurkan dalam solat jamaah di negara ini, dikhususkan untuk rakyat Palestin.

Tindakan ini bukan sahaja tidak menghormati prinsip-prinsip asas adab Islam dalam soal kepimpinan, prinsip demokrasi negara, tetapi juga berpotensi menimbulkan perpecahan dan ketegangan dalam kalangan rakyat. Sebagai sebuah organisasi Islam yang mementingkan perpaduan dan kesejahteraan ummah, kami menyeru semua pihak agar menjauhi politik perpecahan, hasutan, dan fitnah.

Islam mengajarkan kita untuk sentiasa menjunjung tinggi prinsip-prinsip perpaduan dan keharmonian. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Hujurat, ayat 10:

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara; maka damaikanlah antara kedua saudaramu itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”

Selain itu, dalam Surah An-Nisa, ayat 59, Allah SWT juga menegaskan kepentingan mematuhi dan menghormati kepimpinan:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”

WADAH menyeru agar semua pihak dapat mengambil iktibar daripada ayat-ayat Al-Quran ini dan mengamalkan semangat persaudaraan serta menghormati kepimpinan yang telah dipilih secara sah.

Marilah kita bersama-sama membina negara ini dengan sikap yang positif, penuh kasih sayang, dan menghormati satu sama lain demi kesejahteraan bersama.

Kritikan harus bersifat membina. Sebarang cadangan, komen dan kritikan harus disalurkan ke saluran yang betul supaya tindakan dapat diambil dengan efektif

WADAH sentiasa komited untuk terus memperjuangkan perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat. Kami berharap agar tindakan-tindakan yang boleh menjejaskan keamanan dan perpaduan negara dapat dihentikan serta-merta.

Sekian, terima kasih.

“MENGANGKAT MARTABAT UMAT”

TUAN HJ AZIZUDDIN AHMAD
Setiausaha Agung
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

15 Julai 2024


Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM

MINDA QURANIK : KESEPADUAN HUKUM DINIYYAT DAN KAUNIYYAT KUNCI PEMERKASAAN UMMAH

KUALA LUMPUR, 28 April 2026 – Musrif Am Majlis Hukama’ Muslimin, Dato’ Hj. Mohd Nakhaie Ahmad, menegaskan bahawa kelesuan umat Islam hari ini berpunca daripada “terungkainya” ikatan kefahaman terhadap hukum Allah yang bersifat syumul. Dalam Kuliah Tanwirul Ummah Siri 1 bertajuk “Wawasan Minda Al-Quran Ke Arah Pemerkasaan Ummah”, beliau menghuraikan bagaimana pemisahan antara hukum agama […]

Baca Lanjut
Tamrin Nuqaba PKPIM

Nuqaba Bukan Sekadar Pelapis, Tetapi ‘Hujung Tombak’ Perjuangan – Amanat Presiden WADAH di Tamrin Nuqaba PKPIM

KAJANG, 26 April 2026 – Di tengah-tengah suasana dewan yang sarat dengan semangat kepimpinan di Kolej Dar Al Hikmah, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), YBhg. Dato’ Ahmad Azam Bin Ab Rahman, telah menyampaikan amanat penutup yang cukup menyentuh jiwa sempena Tamrin Nuqaba Kebangsaan anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Dalam ucapannya, Dato’ Ahmad […]

Baca Lanjut
TLDM Ke-92

CERAMAH PERDANA HUT TLDM KE-92: SAUH IMAN, KOMPAS JIHAD PERTAHAN KEDAULATAN NEGARA

LUMUT, 23 April 2026 – Bersempena dengan sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-92, sebuah majlis ceramah perdana telah dianjurkan di Masjid An-Nur, Pangkalan TLDM Lumut sejurus selepas solat Maghrib. Membawa tajuk “Sauh Iman, Kompas Jihad; Menjaga Perairan Demi Negara”, pengisian yang menyuntik semangat patriotisme dan kerohanian ini telah disampaikan oleh Dato’ […]

Baca Lanjut

MALAYSIA TERLALU BERHATI-HATI, DASAR PELARIAN DIPENGARUHI TEKANAN SENTIMEN AWAM

KUALA LUMPUR – Dasar pelarian di Malaysia dilihat berdepan cabaran pelaksanaan apabila pendekatannya terlalu berhati-hati dalam menangani isu berkenaan, khususnya dalam suasana sentimen awam yang sukar dijangka. Penasihat Khas Menteri Luar (Kemanusiaan dan Pembangunan Semula), Datuk Ahmad Azam Ab Rahman berkata, pendekatan berhati-hati itu antara faktor yang menyukarkan usaha menangani isu pelarian secara menyeluruh. Menurut […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
2546
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
455805
Klik Sini