WADAH KUNJUNG ZIARAH TIMBALAN MUFTI MELAKA

Kongsikan artikel ini :

22 September 2023, AYER KEROH – Pertemuan dan ziarah WADAH bersama Tn. Hj. Hazarudin Bin Hj. Baharudin, Timbalan Mufti Melaka bertempat di Jabatan Mufti Negeri Melaka bagi membincangkan ruang kerjasama yang boleh dilaksanakan dalam usaha membangun Ummah.  Pertemuan tersebut dihadiri oleh Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden Wadah dan En. Khairul Arifin Mohd Munir, Pen. Setiausaha Agung. Turut serta Hj. Mohd Fairus Ahmad, Pengerusi Wadah Melaka dan Dr. Mohd Nurishaq Mohd Fauzi, YDP ABIM Melaka.  Moga sinergi gerak kerja dakwah dapat diperbanyak dan dipertingkat dalam usahasama mencerdaskan umat dan menyebar Islam rahmatan lil ‘alamin.                      

Berita Wadah|Berita Wadah - BM
tabung haji

Rumusan Dialog Ummah: ABIM dan HIKAM Tegaskan Pemulihan Tabung Haji Mesti Disusuli Penguatkuasaan Serta Pertanggungjawaban Undang-Undang

BANDAR BARU BANGI, 3 September 2026 – Tirai persidangan berprestij Dialog Ummah: Realiti dan Masa Depan Tabung Haji yang menghimpunkan lebih 600 peserta di Tenera Hotel & Suites, Bandar Baru Bangi secara rasminya melabuhkan tirai dengan penyampaian Ucapan Rumusan dan Penutup oleh Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi bin Mohd Samsudin. Mewakili gabungan […]

Baca Lanjut
selangor

Wacana Pemikiran Dr. Siddiq Fadzil Sempena MUKRI WADAH Selangor Ke-19: Kupas Fiqh Kehidupan, Konsep Mizan dan Masyarakat Madani

SHAH ALAM, 26 Ogos 2026 – Membina kemajuan sesebuah tamadun menuntut penilaian yang melangkaui pembangunan fizikal semata-mata, sebaliknya wajib berpasak kepada pembentukan nilai keinsanan, keadilan sosial, serta keseimbangan neraca kemanusiaan. Prinsip asas ini menjadi tunjang utama dalam penganjuran Program Nasional MIZAN dan Wacana Pemikiran Dr. Siddiq Fadzil bertajuk “Dari Fiqh Kehidupan Kepada Agenda Perubahan Sosial” […]

Baca Lanjut
tabung haji

Slot 1 Dialog Ummah: Pengerusi dan CEO Dedah Kronologi RCI, Pelan Pemulihan dan Kejayaan Bersejarah Tabung Haji

BANDAR BARU BANGI, 3 September 2026 – Tirai pembentangan ilmiah sesi pagi Dialog Ummah: Realiti dan Masa Depan Tabung Haji dimulakan dengan Slot 1 bertajuk “Tabung Haji: Pencapaian dan Strategi Masa Depan” yang disampaikan secara langsung oleh dua nakhoda utama institusi berkenaan, iaitu Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Abdul Rashid Hussain dan Pengarah Urusan […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah Tabung Haji: HIKAM Tegaskan Isu RCI Soal Integriti dan Amanah, Bukan Sentimen Politik dan Perkauman

BANDAR BARU BANGI, 3 September 2026 – Membina kefahaman masyarakat berasaskan fakta yang sahih, budaya tabayyun, serta wacana yang matang merupakan peranan hakiki gerakan masyarakat sivil dan bukannya sekadar memberi reaksi emosi terhadap sesuatu isu. Prinsip ini ditegaskan dalam penganjuran program berprestij Dialog Ummah: Realiti dan Masa Depan Tabung Haji yang menghimpunkan lebih 600 orang […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
424
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
748770
Klik Sini