Majlis Perasmian Pusat Tunas Nahdhah (PTN) WADAH Kelantan, Cawangan Tanah Merah
Tanah Merah, 18 Januari 2025 – Majlis perasmian Pusat Tunas Nahdhah (PTN) WADAH Kelantan cawangan Tanah Merah telah berlangsung dengan jayanya hari ini. Majlis tersebut disempurnakan oleh Presiden WADAH, Dato’ Ahmad Azam Abd Rahman. Beliau juga merupakan Penasihat Khas Kementerian Luar Malaysia mengenai Afghanistan dan Pesuruhjaya Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mewakili Malaysia sejak 2019.
PTN yang terletak di Jalan Pondok Lama ini berfungsi sebagai pusat keilmuan dan menjadi platform bagi pelbagai aktiviti pembangunan masyarakat setempat. Dengan penubuhan pusat ini, diharapkan usaha membangunkan masyarakat dapat diperkasakan melalui pendidikan, pencerahan ilmu, dan pembinaan jati diri komuniti setempat. Ia juga akan memfokuskan saranan gagasan Madani yang memerlukan kepada reformasi dan pengislahan serta pencerdasan pengetahuan terutama yang terkait dalam pemahaman dan pendidikan Islam sebagai tunjang dan cara hidup yang harus dihayati oleh semua ahli dalam masyarakat.
Dalam ucapannya, Dato’ Ahmad Azam Abd Rahman menegaskan komitmen Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) untuk terus bekerjasama dengan masyarakat dan badan bukan kerajaan (NGO) setempat dalam memperkasakan pembangunan komuniti. Pendekatan inklusif ini bertujuan untuk memastikan pelbagai program keilmuan, sosial, dan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih efektif, sejajar dengan keperluan setempat.
Majlis perasmian ini juga merupakan salah satu aktiviti dalam rangka lawatan Presiden WADAH ke Kelantan. Pada 17 Januari, Dato’ Ahmad Azam telah mengadakan kunjung ziarah ke atas Sahibus Samahah Mufti Kelantan, YB Sahibus Samahah Dato’ Kaya Perba Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad. Keesokan harinya, beliau bertolak ke Tanah Merah bagi merasmikan Pusat Tunas Nahdhah Tanah Merah.
Selepas acara perasmian, turut diadakan Majlis Menghadam Amanat Presiden yang memberikan peluang kepada hadirin untuk mendengar pandangan dan aspirasi Presiden WADAH dalam memperkukuh pembangunan ummah di peringkat tempatan dan global.
Dengan berlangsungnya majlis ini, PTN WADAH Kelantan Cawangan Tanah Merah diharapkan menjadi pencetus perubahan positif dalam pembangunan masyarakat setempat, seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan komuniti secara menyeluruh.
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kedudukan institusi Raja Berperlembagaan serta hubungan antara Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan Persekutuan menjadi tumpuan sesi pertama Dialog Ummah 2.0 yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Sesi bertajuk “Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan: Memahami Amanah Kenegaraan” ini mengupas kepentingan memahami asas kenegaraan […]
SUNGAI RAMAL, 23 Oktober 2026 – Di sebalik gelaran sarjana fizik dan pencapaian akademik berprestij di peringkat antarabangsa, keperibadian Almarhumah Profesor Dr. Khalijah Mohd Salleh sentiasa berakar pada satu matlamat tunggal yang amat murni: menjadi seorang Muslimah yang beriman dan mengabdikan seluruh kehidupannya demi meraih keredaan Allah SWT. Penzahiran ini dikongsi secara penuh emosi dan […]