Sajak dan Lagu Lemparan Kayu Sinwar Sempena Muktamar Nasional ke-18 WADAH
Lemparan Kayu Sinwar Lemparan kayu sebelum syahid menjemputmu, adalah lambang perjuangan sepanjang hayat, Titik mati perjuangan, Kau abadikan dalam memori umat, Perjuangan itu pengorbanan segala, Penjajahan itu perhambaan, Tak mungkin merdeka cuma-cuma, kepada si bacul dan pengecut, menjilat-jilat mohon simpati, mengadai cebisan maruah yang masih berbaki.
Lemparan Kayu Sinwar, Membakar jiwa yang berselimut, membangkit semangat hati nurani yang masih ada ruh, tanpa mengira bangsa dan agama, Palestin pasti akan merdeka, Lambang sebuah kebangkitan, pengorbanan ribuan jiwa yang tak sia-sia, kerna syurga menanti.
Lemparan Kayu Sinwar, tanda berakhirnya 100 tahun penderitaan umat akibat penjajahan,
Lemparan Kayu Sinwar, Lambang Perjuangan, Lambang Kemerdekaan, Erti kematian yang menghidupkan!
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
(Ahmad Azam Ab Rahman 26102024) Tajuk lagu : Lemparan Kayu Sinwar Lirik : Adaptasi Sajak Dato Haji Ahmad Azam Prompt Music AI : Afzan Mehmet Video Editor : Abdul Alim Md Yusob
KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]
BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]