KEPENTINGAN NILAI DAN AKHLAK DALAM ASPIRASI WANITA
February 28th, 2025
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
FORUM PERDANA EHWAL ISLAM: USTAZ HASRI HARUN TEGASKAN KEPENTINGAN NILAI DAN AKHLAK DALAM ASPIRASI WANITA
Putrajaya, 27 Februari 2025 – “Wanita Beraspirasi, Membina Legasi”, tema Hari Wanita Antarabangsa 2025, menjadi tajuk utama perbincangan dalam Forum Perdana Ehwal Islam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan TV1. Forum ini yang bersiaran langsung dari Studio Utama Yusuf, Kompleks Islam Putrajaya, menampilkan Ustaz Hasri Harun, Timbalan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), selaku panel utama.
Dalam perkongsiannya, Ustaz Hasri Harun, yang juga Pensyarah Kanan Universiti Selangor (UNISEL), menekankan bahawa dalam keghairahan untuk mengangkat martabat wanita, nilai dan akhlak mesti terus dipelihara agar selari dengan tuntutan syariat Islam. Menurut beliau, kedudukan mereka dalam Islam adalah sangat tinggi, namun harus difahami bahawa keistimewaan ini datang dengan tanggungjawab untuk menjaga maruah, kehormatan, dan kesopanan.
“Wanita dijadikan oleh Allah untuk melengkapi satu sama lain, maka peliharalah agar mereka terus dihormati selamanya,” tegas beliau.
Beliau turut mengingatkan bahawa Islam telah menetapkan garis panduan yang jelas bagi wanita dalam menjalani kehidupan mereka tanpa perlu mengorbankan identiti, kesucian, dan nilai agama. Mengukuhkan hujahnya, beliau mengutip firman Allah dalam Surah Al-A’raf, ayat 26:
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan sebagai perhiasan bagimu. Tetapi pakaian takwa, itulah sebaik-baik pakaian. Demikianlah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka beringat.”
Pencerahan Akhlak Tinggi
Diskusi ini memberi pencerahan tentang peranan wanita sebagai tonggak keluarga, masyarakat, dan negara, dengan menekankan keperluan mendidik wanita agar berilmu dan berakhlak tinggi. Forum ini turut menampilkan panel-panel lain seperti Profesor Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh (USIM) dan Ustazah Nazirah Abu Bakar (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri), dengan Ustaz Zakaria Othman sebagai moderator.
Program ilmiah ini diharapkan dapat memberikan panduan kepada masyarakat dalam memahami kepentingan wanita sebagai aset ummah, sekaligus memastikan mereka terus dihormati dalam kerangka syariat dan nilai Islam.
Perbincangan penuh bermakna ini telah ditayangkan pada 27 Februari 2025, Khamis, jam 9.00 malam di TV1 dan boleh ditonton di paparan tertera, Facebook TV Jakim.
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kedudukan institusi Raja Berperlembagaan serta hubungan antara Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan Persekutuan menjadi tumpuan sesi pertama Dialog Ummah 2.0 yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Sesi bertajuk “Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan: Memahami Amanah Kenegaraan” ini mengupas kepentingan memahami asas kenegaraan […]
SUNGAI RAMAL, 23 Oktober 2026 – Di sebalik gelaran sarjana fizik dan pencapaian akademik berprestij di peringkat antarabangsa, keperibadian Almarhumah Profesor Dr. Khalijah Mohd Salleh sentiasa berakar pada satu matlamat tunggal yang amat murni: menjadi seorang Muslimah yang beriman dan mengabdikan seluruh kehidupannya demi meraih keredaan Allah SWT. Penzahiran ini dikongsi secara penuh emosi dan […]