PROGRAM HARI KELUARGA MASYARAKAT ORANG ASLI SG GABAI DI PORT DICKSON
Port Dickson, 19 Disember 2024 – Bagi meraikan program menyantuni masyarakat orang asli Sungai Gabai yang kini memasuki tahun ke 12, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia berjaya menganjurkan program Hari Keluarga Masyarakat Orang Asli Kampung Sg Gabai. Program yang penuh bermakna ini berlangsung selama tiga hari, bermula 17 hingga 19 Disember 2024, bertempat di Kotamas Seafront Bungalow, Port Dickson. Program ini disertai oleh seramai 50 penduduk yang terdiri daripada dewasa dan kanak-kanak, bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mencipta kenangan bersama.
Pada hari pertama, peserta bertolak dari Kampung Sg Gabai seawal jam 8.00 pagi dan tiba di Port Dickson pada jam 11.00 pagi. Setelah menikmati makan tengah hari, mereka melawat Pusat Ikan Hiasan Port Dickson, di mana pelbagai spesies hidupan laut seperti ikan, penyu, dan terumbu karang diperkenalkan. Lawatan ini memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan, terutama kepada kanak-kanak. Pada sebelah petang, peserta bersantai dan bermandi-manda di pantai sebelum berehat.
Hari kedua bermula dengan lawatan ke Kem Tentera Port Dickson. Di sini, peserta dibawa menelusuri sejarah perjuangan negara melalui pelbagai pameran seperti kisah perjuangan melawan komunis, Leftenan Adnan, dan tokoh pejuang Melayu seperti Rentap dan Dato’ Bahaman. Salah satu tarikan utama ialah terowong buatan yang menyerupai markas komunis, serta pameran kenderaan tentera seperti trak pikap, kereta kebal, helikopter, dan pesawat. Lawatan ini mengujakan bukan sahaja dewasa tetapi juga kanak-kanak yang terlibat.
Pada petang hari, aktiviti sukaneka pantai dianjurkan, termasuk permainan gelembung sabun, banana boat, dan berkelah bersama keluarga. Pada sebelah malam, peserta menikmati sesi BBQ yang diiringi jamuan lazat, disusuli sesi berukhwah yang mengeratkan hubungan komuniti.
Hari terakhir dimulakan dengan lawatan ke Ladang Ostrich, di mana peserta berpeluang berinteraksi dengan burung unta serta memberi makan dan berlumba dengannya. Selain itu, mereka juga melihat haiwan lain seperti ular dan hamster. Program diakhiri dengan sesi makan tengah hari sebelum peserta bertolak pulang ke Kampung Sg Gabai.
Penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Bantuan dan sokongan yang diberikan, sama ada dalam bentuk kewangan, tenaga, atau idea, amat dihargai dan menjadi faktor penting kejayaan program ini.
Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk berekreasi, tetapi juga memupuk nilai perpaduan dan kerjasama dalam kalangan masyarakat Kampung Sg Gabai. Penganjur berharap agar program ini dapat diteruskan pada masa depan dengan aktiviti yang lebih menarik dan melibatkan penyertaan lebih ramai komuniti.
KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]
BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]