Penekanan Gagasan MADANI oleh Presiden WADAH di Program Mini Ihya’ Ramadan 1446H
Gombak, 22 Mac 2025 – Gagasan Madani menggariskan prinsip pembangunan masyarakat yang harmoni, berilmu, dan berakhlak, sejajar dengan nilai-nilai Islam dan kemajuan sejagat.
Demikian penegasanPresiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dalam ucapannya ketika merasmikan Projek Mini Ihya’ Ramadan 1446H anjuran Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) Cawangan Gombak di Pusat Akar Budi UIAM, Gombak.
Beliau menekankan bahawa sebagai ejen MADANI, golongan belia di PEPIAS dan PKPIM bertanggungjawab menerapkan nilai-nilai Islam dalam masyarakat melalui pendidikan, dakwah, serta aktivisme sosial.
“Dalam merealisasikan misi ummatik, golongan muda berperanan penting bukan sahaja dalam menuntut ilmu dan membina kepimpinan, tetapi juga dalam membantu masyarakat yang memerlukan, khususnya fakir miskin. Melalui inisiatif kebajikan, program kesukarelawanan, dan gerakan sosial, orang muda dapat menjadi agen perubahan yang membawa rahmat kepada semua, memastikan kesejahteraan dan keadilan sosial terus ditegakkan.”
Program Mini Ihya’ Ramadan 1446H
Program dimulakan seawal pagi dengan pendaftaran sukarelawan dan penggerak, diikuti majlis perasmian dan Projek Smart Solat Jr, di mana fasilitator membantu kanak-kanak mempelajari solat dengan betul.
Menjelang jam 10:15 pagi, penerima manfaat bagi Projek Dapur Charity tiba, dan agihan makanan asas kepada keluarga memerlukan dijalankan. Aktiviti diteruskan dengan gotong-royong membersihkan kawasan sekitar Pusat Akar Budi dan perumahan berhampiran, sebelum para peserta berhenti untuk menunaikan solat Zohor.
Sebelah petang, Projek Kongsi Rezeki bermula pada jam 2:30 petang, diikuti dengan solat Asar dan agihan makanan kepada komuniti setempat menjelang waktu berbuka. Program diakhiri dengan doa selamat sebagai tanda kesyukuran, sebelum peserta bersurai pada jam 6:30 petang.
Menurut penyelaras program, inisiatif ini bertujuan menghidupkan semangat Ramadan dengan amalan kebajikan dan memperkukuh hubungan antara masyarakat Islam melalui konsep Fiqh al-Ta’ayush, iaitu hidup bersama secara harmoni dan meraikan kepelbagaian.
Program ini turut mendapat sokongan daripada Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Nadwah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pertubuhan SALWA Malaysia dan beberapa pertubuhan lain. Pihak penganjur berharap agar usaha ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan menyemai semangat kesukarelawanan dalam kalangan generasi muda.
“Ramadan adalah bulan untuk meningkatkan ibadah dan menyebarkan kasih sayang sesama insan. Dengan program seperti ini, kita bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan tetapi juga mengeratkan ukhuwah dalam komuniti,” ujar salah seorang sukarelawan yang terlibat.
Program ini berakhir dengan agihan makanan kepada penerima sumbangan dan doa selamat sebagai tanda kesyukuran atas kejayaan penganjurannya.
BANDAR BARU BANGI, 3 September 2026 – Tirai persidangan berprestij Dialog Ummah: Realiti dan Masa Depan Tabung Haji yang menghimpunkan lebih 600 peserta di Tenera Hotel & Suites, Bandar Baru Bangi secara rasminya melabuhkan tirai dengan penyampaian Ucapan Rumusan dan Penutup oleh Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi bin Mohd Samsudin. Mewakili gabungan […]
SHAH ALAM, 26 Ogos 2026 – Membina kemajuan sesebuah tamadun menuntut penilaian yang melangkaui pembangunan fizikal semata-mata, sebaliknya wajib berpasak kepada pembentukan nilai keinsanan, keadilan sosial, serta keseimbangan neraca kemanusiaan. Prinsip asas ini menjadi tunjang utama dalam penganjuran Program Nasional MIZAN dan Wacana Pemikiran Dr. Siddiq Fadzil bertajuk “Dari Fiqh Kehidupan Kepada Agenda Perubahan Sosial” […]
BANDAR BARU BANGI, 3 September 2026 – Tirai pembentangan ilmiah sesi pagi Dialog Ummah: Realiti dan Masa Depan Tabung Haji dimulakan dengan Slot 1 bertajuk “Tabung Haji: Pencapaian dan Strategi Masa Depan” yang disampaikan secara langsung oleh dua nakhoda utama institusi berkenaan, iaitu Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Abdul Rashid Hussain dan Pengarah Urusan […]
BANDAR BARU BANGI, 3 September 2026 – Membina kefahaman masyarakat berasaskan fakta yang sahih, budaya tabayyun, serta wacana yang matang merupakan peranan hakiki gerakan masyarakat sivil dan bukannya sekadar memberi reaksi emosi terhadap sesuatu isu. Prinsip ini ditegaskan dalam penganjuran program berprestij Dialog Ummah: Realiti dan Masa Depan Tabung Haji yang menghimpunkan lebih 600 orang […]