FORUM MADANI GLOBAL 2024, MEDAN PERBAHASAN KEBANGKITAN KETAMADUNAN ISLAM

Kongsikan artikel ini :

Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan Institut Kemajuan Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Forum Madani Global 2024 bertemakan โ€๐—–๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—น๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ป๐—ด ๐˜๐—ต๐—ฒ ๐—ก๐—ฒ๐˜…๐˜ ๐—–๐—ถ๐˜ƒ๐—ถ๐—น๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น ๐—ฅ๐—ฒ๐˜ƒ๐—ถ๐˜ƒ๐—ฎ๐—นโ€ pada 10 dan 11 Julai 2024 yang akan menjadi wadah perbahasan dalam merangka strategi ke arah ketamadunan Islam masa hadapan serta membincangkan tema-tema kebangkitan peradaban Islam yang seterusnya dalam pelbagai sudut.

Program bertempat di Grand Ballroom, Level 9, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur akan mengumpulkan pakar-pakar seluruh dunia dalam bidang ketamadunan Islam termasuk para aktivis, penggubal dasar dan diplomat negara. Menariknya, program ini akan turut dihadiri Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Dr Ali Muhyiddin Al-Qaradaghi dan pakar Ketamadunan Islam, Prof Dr Omar Hasan K Kasule serta dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari kedua.

Dijemput semua untuk hadir ke program ini melalui link borang pendaftaran di bahagian bawah penulisan. Orang ramai boleh mengikuti Program Forum Madani Global 2024 di media rasmi TV AlHijrah, IKIMfm, TV IKIM dan WAPTv Malaysia.


DAFTAR





Berita Wadah|Berita Wadah - BM

WADAH SABAH ANJUR SEMINAR GEOPOLITIK DAN MUKRI KE-20 : GAGASAN ‘MANHAJ SABAHI’ DAN PENGUKUHAN ENAM KLUSTER INFRASTRUKTUR ILMU

KOTA KINABALU, 28 Ogos 2026 โ€“ Dalam usaha membaca dinamika perubahan sosiopolitik serantau serta memperkemas pendekatan dakwah kontekstual di Negeri Bawah Bayu, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Sabah telah melakar sejarah tersendiri menerusi penganjuran bersiri Seminar Geopolitik dan Muktamar Negeri (MUKRI) WADAH Sabah Ke-20. Inisiatif keilmuan dimulakan dengan penganjuran Seminar Geopolitik dan Masa Depan […]

Baca Lanjut

MUKRI WADAH MELAKA 2026 : PERKUKUH SAF HARAKAH, HAYATI SYARAT KEMENANGAN ISTIQAMAH DAN THIQAH

MUKRI WADAH Melaka 2026: Perkukuh Saf Harakah, Hayati Syarat Kemenangan Istiqamah dan Thiqah BUKIT BARU, 27 Ogos 2026 โ€“ Memperkemas saf perjuangan, memperkukuh kefahaman fikrah, serta merangka strategi dakwah yang berdaya saing di peringkat negeri menjadi fokus utama dalam penganjuran Muktamar Negeri (MUKRI) Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Melaka bagi sesi 2026/2027. Muktamar tahunan […]

Baca Lanjut

Merajut Istiqamah dan Thiqah: WADAH Gariskan Syarat Kemenangan Umat Mendepani Krisis Global

KUALA LUMPUR, 17 Ogos 2026 โ€“ Dalam menghadapi landskap sosioekonomi dan politik dunia yang sarat dengan ketidaktentuan, gerakan Islam diingatkan agar sentiasa memelihara dua teras utama perjuangan iaitu keteguhan istiqamah serta kepatuhan thiqah (kepercayaan) kepada pimpinan yang berpasak pada Tauhid. Amanat tersebut ditegaskan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), YBhg. Datoโ€™ Ahmad Azam Ab […]

Baca Lanjut
bengkel level up

Memartabat Karamah Insani: Bengkel Level Up: Misi Belajar SMART Pupuk Potensi dan Sistem Pembelajaran Anak Komuniti Bandar

KUALA LUMPUR, 17 Ogos 2026 โ€“ Dalam usaha membebaskan golongan asnaf dan keluarga berpendapatan rendah daripada belenggu kemiskinan multidimensi menerusi wahana pendidikan, Projek Tunas Nahdah di bawah inisiatif Merakyat Malaysia MADANI telah menganjurkan program “Bengkel Level Up: Misi Belajar SMART”. Program yang berlangsung pada hari Ahad, 16 Ogos 2026 itu telah diadakan bertempat di Dewan […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
2024
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
742596
Klik Sini