CERAMAH KHAS KEMERDEKAAN DIISI PRESIDEN WADAH

Kongsikan artikel ini :

30 Ogos 2024, Selangor – Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-67, Presiden Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Hj. Ahmad Azam Bin Abd Rahman menyampaikan ceramah khas bertajuk “Pembebasan Palestin & Kemerdekaan” di Masjid Kampung Sungai Merab bermula selepas solat maghrib secara berjemaah.

Ceramas khas ini adalah anjuran Masjid Kampung Sungai Merab dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Sungai Merab dan Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), dihadiri oleh ahli kariah masjid dan penduduk setempat sekitar Kajang dan Bangi Selangor. Dato’ memulakan ceramah dengan mengulas berkenaan 3 ayat al-Quran iaitu:

      1. Surah Al Baqarah 2:154, “Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.”
      2. Surah Al Israa’ 17:4, Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

         

      3. Surah Ali Imran 3:140, …Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwaperistiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

    Kata beliau, proses hijrah dimulakan dengan 3 perkara iaitu Tanwiri pencerahan, taghyiri perubahan dan tahriri pembebasan. Ketiga-tiga Ta ini adalah satu proses untuk melahirkan “the enlightened souls”. Golongan ini adalah golongan yang sedar tentang tanggungjawab dirinya kepada masyarakat.

    Dalam ceramah yang sama beliau menyinggung peranan soal peranan masjid sebagai wahanautama merealisasikan Iman, Ilmu & Amal yang merupakan asas utama dalam pembinaan Kota Madinah, satu inspirasi kepada teras Malaysia Madani pada ketika ini. Asas ini dikuatkan lagi dengan kisah Telaga Rummah dan Saidina Uthman yang menyuburkan dua elemen Muakhah, Mempersaudarakan dan Wakaf sebagai solusi kepada monopoli ekonomi dan menekadkan keterjaminan keperluan asas.

    Elemen Muakhah pula dapat memangkin semangat kesatuan atas dasar akidah & atas dasar watan iaitu Fiqh Muwatanah. Ia juga dapat memberi dan menjamin hak kepada semua pihak yang mana Muslim & bukan-Islam saling bersama dalam membangun & mempertahankan negara. Mengekalkan keamanan bukanlah sesuatu yang mudah, oleh itu umat islam kena keluar daripada zon selesa, keluar daripada perasaan seolah-olah keamanan yang kita kecapi sekarang akan kekal selamanya, ianya perlu dipelihara semaksimum mungkin. Ini selari dengan Surah Al Muddaththir 74:1-5, “Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi. ”

    Akhir sekali, beliau mengakhiri ceramah dengan mengulas ayat Al-Quran, Surah Ali ‘Imran ayat 103, “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu berceraiberai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara…”

    Rakaman penuh ceramah khas boleh ditonton di link https://youtube.com/live/64q8Tdl1PhY

    Berita Wadah|Berita Wadah - BM
    keibubapaan

    Bengkel Keibubapaan Era Digital Perkasa Ibu Bapa Hadapi Cabaran Teknologi dan Penggunaan Gajet

    KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]

    Baca Lanjut
    Indonesia

    Kunjung Hormat Delegasi Pendidikan dan Pesantren Indonesia ke WADAH: Rapatkan Ukhuwah Serantau, Teroka Kerjasama Pendidikan Islam Malaysia-Indonesia

    BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]

    Baca Lanjut

    Dialog Ummah 2.0: Hubungan Raja dan Rakyat Perlu Diperkukuh Berteraskan Amanah, Adat dan Perlembagaan

    22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]

    Baca Lanjut

    Dialog Ummah 2.0: Adab Berbeza Pendapat dan Literasi Media Penting Tangani Perpecahan Masyarakat

    22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]

    Baca Lanjut
    Jumlah Pelawat Hari ini :
    4892
    Jumlah Pelawat Keseluruhan :
    931570
    PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
    ROS : PPM-003-10-11902005
    Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
    Klik Sini