PRESIDEN WADAH MENGISI TAMRIN TARBAWI

Kongsikan artikel ini :

Mengukuhkan Perpaduan Umat: Pesanan Presiden Wadah Menelusuri Marhalah Daulah Dalam Tamrin Tarbawi Ramadan

Ipoh, 22 Mac 2025Konsep negara bangsa adalah ciptaan penjajah yang bertujuan memecahbelahkan umat Islam. Umat Islam perlu bersatu dalam satu kesatuan yang lebih besar demi memperkukuhkan Islam dan membina masa depan yang lebih gemilang. Demikian antara intipati utama yang disampaikan oleh Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), dalam pembentangan beliau bertajuk “Misi Tanwiri: Dari Marhalah Daulah ke Marhalah Khilafah” dalam program Tamrin Tarbawi Ramadan dan Iftar Jama’iy yang berlangsung di Masjid Syed Muhammad Jamalullail, Ipoh.

Beliau menegaskan bahawa perjuangan umat Islam harus terus digerakkan melalui Marhalah Daulah, iaitu peringkat pembinaan negara yang berasaskan prinsip Islam, sebelum menuju fasa kepimpinan yang lebih besar. Dalam konteks Malaysia, gagasan Malaysia Madani perlu direalisasikan dengan mengambil inspirasi daripada asas mantap Madinah yang dibangunkan oleh Rasulullah SAW sebagai model negara yang adil dan sejahtera.

Dato’ Ahmad Azam turut menyeru agar masjid bukan sekadar tempat ibadah, tetapi berfungsi sebagai pusat rahmatan lil alamin, menyebarkan rahmat kepada semua lapisan masyarakat. Asia, khususnya Malaysia, kini berada di hadapan dalam perkembangan dakwah Islam, justeru gerakan Islam perlu bersedia memainkan peranan strategik dalam memimpin perubahan ini.

Beliau turut menyentuh objektif Tunas Nahdah, yang bertujuan membentuk generasi Islam yang memiliki kefahaman yang mendalam, kepimpinan yang jelas, serta semangat jihad dalam memperjuangkan agama dan keadilan sosial.

Tamrin Tarbawi Ramadan Perkukuh Tarbiyah dan Ukhuwah

Pembentangan Dato’ Ahmad Azam tersebut merupakan sebahagian daripada Tamrin Tarbawi Ramadan dan Iftar Jama’iy yang dianjurkan oleh WADAH Perak di Masjid Syed Muhammad Jamalullail, Ipoh. Program yang berlangsung pada 21 Ramadan 1445H ini diadakan bagi memperkukuhkan kefahaman Islam serta mempereratkan ukhuwah dalam kalangan ahli dan masyarakat setempat.

Program dimulakan dengan sesi pertama bertajuk “Bertadabur dengan al-Quran: Pelaksanaan dan Penghayatan” oleh Ustaz Mohd Naim Mohd Nor, Exco Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH). Sesi ini menekankan kepentingan tadabbur al-Quran dalam membentuk kefahaman yang lebih mendalam terhadap ajaran Islam.

Sejurus selepas sesi pembentangan dan perbincangan, para peserta bersama-sama menunaikan solat Asar, diikuti dengan sesi tahlil dan majlis berbuka puasa yang penuh keberkatan. Solat Maghrib, Isyak serta Tarawih berjemaah turut menjadi sebahagian daripada agenda program bagi menghidupkan suasana ibadah Ramadan.

Pada sebelah malam, sesi tadabbur al-Quran diteruskan sebelum para peserta berehat dan bersiap untuk Qiyamullail yang diadakan awal pagi keesokan harinya.

Peranan Gerakan Islam

Keesokan paginya, program diteruskan dengan kuliah Subuh bertajuk “Tarbiah Ruhiyyah: Tuntutan Amal Jama’i”, disampaikan oleh Ustaz Hj Mohamad Tarmizi Abdul Hamid dari Majlis Murabbi Madani. Kuliah ini menekankan kepentingan pendidikan ruhani dalam gerakan Islam sebagai landasan kepada perjuangan yang berkesan.

Seterusnya, forum “Gerakan Islam Menangani Cabaran dan Realiti” turut diadakan, menampilkan Hj Mohd Nasir Kamarudin, Pengerusi WADAH Perak, dan Ustaz Mohamad Saifuddin Abdul Latiff, Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Perak. Forum ini membincangkan cabaran semasa yang dihadapi oleh gerakan Islam serta langkah-langkah strategik bagi menghadapinya.

Sebagai penutup, sesi “Merealisasikan Gagasan Malaysia Madani: Peranan Gerakan Islam” yang disampaikan oleh Tn Hj Amidi Abd Manan, Exco Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menegaskan peranan gerakan Islam dalam membentuk sebuah negara yang harmoni dan berpaksikan nilai-nilai Islam.

Majlis penutup disempurnakan oleh Encik Ramdani Abd Karim, Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Perak, sebelum program diakhiri dengan solat Zohor berjemaah dan sesi bersurai.

Program ini telah memberi manfaat besar kepada para peserta dalam memperkukuhkan tarbiyah, mengeratkan ukhuwah, serta memperbaharui iltizam mereka dalam perjuangan Islam.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM
Bengkel Wehdatul Fikr

BENGKEL WEHDATUL FIKR JOHOR: MEMPERTAUT PEMIKIRAN, MEMACU ISLAH DAN KETAHANAN TAMADUN NEGARA

JOHOR BAHRU, 25 Januari 2026 – Kesepaduan gerak kerja dan penyatuan pemikiran menjadi agenda utama dalam Bengkel Wahdatul Fikr yang berlangsung hari ini di Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Selatan. Program strategik ini merupakan anjuran bersama Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Johor, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor, dan Kesatuan Pelajar Islam Johor […]

Baca Lanjut
menteri agama

WADAH PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA MENTERI AGAMA: MEMBUGAR AGENDA PENDIDIKAN, DAKWAH MODEN DAN PEMERKASAAN KOMUNITI MADANI

KUALA LUMPUR, 21 Januari 2026 – Dalam usaha memperkukuh agenda pembangunan umat dan menyelaraskan gerak kerja dakwah di peringkat nasional, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah mengadakan satu pertemuan rasmi bersama YB Senator Dr. Zulkifli Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Pertemuan yang berlangsung pada jam 10.00 pagi tadi di Menara MAIWP, […]

Baca Lanjut
kunjung hormat apm

KUNJUNGAN HORMAT WADAH KE IBU PEJABAT APM: MEMPERKUKUH SINERGI KERJASAMA STRATEGIK DAN TEKNIKAL

KAJANG, 20 Januari 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) terus memperkukuh jalinan kerjasama dengan agensi kerajaan melalui satu majlis kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Pertahanan Awam pada Selasa lalu. Pertemuan ini bertujuan untuk meneroka ruang kolaborasi yang lebih luas dalam aspek pengurusan bencana, latihan teknikal, dan pemerkasaan komuniti. Delegasi Wadah seramai 4 org diketuai […]

Baca Lanjut
konvensyen dakwah negara

KONVENSYEN DAKWAH NEGARA 2026: PERKASA SINERGI NGO DAN TEKNOLOGI DIGITAL TANGANI KRISIS SOSIAL UMAT

KUALA LUMPUR, 14 Januari 2026 – Mendepani landskap sosial yang semakin mencabar di era digital, gerakan dakwah di Malaysia perlu melakukan anjakan paradigma dengan mengadopsi pendekatan “di luar kotak”. Keperluan ini menjadi fokus utama dalam Konvensyen Dakwah Negara: Mendepani Isu Sosial Umat yang berlangsung dengan penuh jayanya di Kingston 10 @ Unicorn Hotel, Kuala Lumpur, […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
981
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
285124
Klik Sini