HARI KELUARGA ORANG ASLI SG GABAI DI PORT DICKSON

Kongsikan artikel ini :

PROGRAM HARI KELUARGA MASYARAKAT ORANG ASLI SG GABAI DI PORT DICKSON

Port Dickson, 19 Disember 2024 – Bagi meraikan program menyantuni masyarakat orang asli Sungai Gabai yang kini memasuki tahun ke 12, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia berjaya menganjurkan program Hari Keluarga Masyarakat Orang Asli Kampung Sg Gabai. Program yang penuh bermakna ini berlangsung selama tiga hari, bermula 17 hingga 19 Disember 2024, bertempat di Kotamas Seafront Bungalow, Port Dickson. Program ini disertai oleh seramai 50 penduduk yang terdiri daripada dewasa dan kanak-kanak, bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mencipta kenangan bersama.

Pada hari pertama, peserta bertolak dari Kampung Sg Gabai seawal jam 8.00 pagi dan tiba di Port Dickson pada jam 11.00 pagi. Setelah menikmati makan tengah hari, mereka melawat Pusat Ikan Hiasan Port Dickson, di mana pelbagai spesies hidupan laut seperti ikan, penyu, dan terumbu karang diperkenalkan. Lawatan ini memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan, terutama kepada kanak-kanak. Pada sebelah petang, peserta bersantai dan bermandi-manda di pantai sebelum berehat.

Hari kedua bermula dengan lawatan ke Kem Tentera Port Dickson. Di sini, peserta dibawa menelusuri sejarah perjuangan negara melalui pelbagai pameran seperti kisah perjuangan melawan komunis, Leftenan Adnan, dan tokoh pejuang Melayu seperti Rentap dan Dato’ Bahaman. Salah satu tarikan utama ialah terowong buatan yang menyerupai markas komunis, serta pameran kenderaan tentera seperti trak pikap, kereta kebal, helikopter, dan pesawat. Lawatan ini mengujakan bukan sahaja dewasa tetapi juga kanak-kanak yang terlibat.

Pada petang hari, aktiviti sukaneka pantai dianjurkan, termasuk permainan gelembung sabun, banana boat, dan berkelah bersama keluarga. Pada sebelah malam, peserta menikmati sesi BBQ yang diiringi jamuan lazat, disusuli sesi berukhwah yang mengeratkan hubungan komuniti.

Hari terakhir dimulakan dengan lawatan ke Ladang Ostrich, di mana peserta berpeluang berinteraksi dengan burung unta serta memberi makan dan berlumba dengannya. Selain itu, mereka juga melihat haiwan lain seperti ular dan hamster. Program diakhiri dengan sesi makan tengah hari sebelum peserta bertolak pulang ke Kampung Sg Gabai.

Penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Bantuan dan sokongan yang diberikan, sama ada dalam bentuk kewangan, tenaga, atau idea, amat dihargai dan menjadi faktor penting kejayaan program ini.

Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk berekreasi, tetapi juga memupuk nilai perpaduan dan kerjasama dalam kalangan masyarakat Kampung Sg Gabai. Penganjur berharap agar program ini dapat diteruskan pada masa depan dengan aktiviti yang lebih menarik dan melibatkan penyertaan lebih ramai komuniti.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM

WADAH SABAH ANJUR SEMINAR GEOPOLITIK DAN MUKRI KE-20 : GAGASAN ‘MANHAJ SABAHI’ DAN PENGUKUHAN ENAM KLUSTER INFRASTRUKTUR ILMU

KOTA KINABALU, 28 Ogos 2026 – Dalam usaha membaca dinamika perubahan sosiopolitik serantau serta memperkemas pendekatan dakwah kontekstual di Negeri Bawah Bayu, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Sabah telah melakar sejarah tersendiri menerusi penganjuran bersiri Seminar Geopolitik dan Muktamar Negeri (MUKRI) WADAH Sabah Ke-20. Inisiatif keilmuan dimulakan dengan penganjuran Seminar Geopolitik dan Masa Depan […]

Baca Lanjut

MUKRI WADAH MELAKA 2026 : PERKUKUH SAF HARAKAH, HAYATI SYARAT KEMENANGAN ISTIQAMAH DAN THIQAH

MUKRI WADAH Melaka 2026: Perkukuh Saf Harakah, Hayati Syarat Kemenangan Istiqamah dan Thiqah BUKIT BARU, 27 Ogos 2026 – Memperkemas saf perjuangan, memperkukuh kefahaman fikrah, serta merangka strategi dakwah yang berdaya saing di peringkat negeri menjadi fokus utama dalam penganjuran Muktamar Negeri (MUKRI) Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Melaka bagi sesi 2026/2027. Muktamar tahunan […]

Baca Lanjut

Merajut Istiqamah dan Thiqah: WADAH Gariskan Syarat Kemenangan Umat Mendepani Krisis Global

KUALA LUMPUR, 17 Ogos 2026 – Dalam menghadapi landskap sosioekonomi dan politik dunia yang sarat dengan ketidaktentuan, gerakan Islam diingatkan agar sentiasa memelihara dua teras utama perjuangan iaitu keteguhan istiqamah serta kepatuhan thiqah (kepercayaan) kepada pimpinan yang berpasak pada Tauhid. Amanat tersebut ditegaskan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), YBhg. Dato’ Ahmad Azam Ab […]

Baca Lanjut
bengkel level up

Memartabat Karamah Insani: Bengkel Level Up: Misi Belajar SMART Pupuk Potensi dan Sistem Pembelajaran Anak Komuniti Bandar

KUALA LUMPUR, 17 Ogos 2026 – Dalam usaha membebaskan golongan asnaf dan keluarga berpendapatan rendah daripada belenggu kemiskinan multidimensi menerusi wahana pendidikan, Projek Tunas Nahdah di bawah inisiatif Merakyat Malaysia MADANI telah menganjurkan program “Bengkel Level Up: Misi Belajar SMART”. Program yang berlangsung pada hari Ahad, 16 Ogos 2026 itu telah diadakan bertempat di Dewan […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
1210
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
739640
Klik Sini