URUS KEHARMONIAN BERTUNJANG ISLAM

Kongsikan artikel ini :

Urus keharmonian bertunjang Islam kelebihan Malaysia pimpin ASEAN

Ajaran Islam itu sendiri sesuai untuk setiap manusia dan tidak terbatas dengan masa tertentu. Aspek ‘alamiyyah merangkumi tiga bidang utama iaitu syariah, akhlak dan akidah.

Semua manusia tanpa mengira bahasa, warna kulit dan bangsa mempunyai kedudukan sama di sisi Allah SWT. Tidak ada bangsa lebih mulia daripada bangsa lain hanya kerana faktor sesuatu bangsa, warna kulit atau bahasa semata-mata.

Dalam erti kata lain manifestasi kesejagatan dalam Islam merangkumi makhluk lain seperti firman Allah SWT bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) ‘Wahai sekalian manusia. Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu. (Di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (berhak disembah) melainkan Dia; Yang Menghidupkan dan Mematikan. Oleh itu, beriman kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang Ummi beriman kepada Allah dan Kalimah-Nya (KitabNya) dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk”. (Surah al-A’raf, ayat 158)

Dalam konteks sebuah negara moden dan memahami aspek pemeliharaan hubungan kaum, Islam memelihara dan menghormati kepelbagaian kerana ia adalah lumrah.

Kepelbagaian bukan faktor perpecahan dan permusuhan kerana Allah SWT menggariskan peri pentingnya memelihara hubungan serta saling mengenal antara satu sama lain.

Hormat menghormati adalah formula penting dalam memelihara perbezaan. Jangan sesekali membangkitkan sebarang pertelingkahan sesama manusia kerana jika perlu sekali pun harus menggunakan saluran betul demi mencari jalan penyelesaian.

Tidak ada kata lain lebih mulia daripada hidup secara terhormat, kasih mengasihi dan saling memahami antara satu sama lain. Betapa hidup ini mampu dijaga dan dipelihara apabila setiap bangsa dan agama ini saling mencari titik persamaan serta menghormati perbezaan.

Sebagai sebuah negara pelbagai agama dan budaya seperti di Malaysia, mengikut Perlembagaan Islam adalah agama Persekutuan, maka tidak menjadi satu halangan untuk mengetengahkan idea hidup bersama secara aman.

Masyarakat Islam di Malaysia masih mempunyai potensi menjadi contoh kepada masyarakat bukan Islam dalam memimpin kehidupan lebih harmoni selaras dengan prinsip Islam.

Perbincangan ‘Fiqh Ta’ayush’ di Malaysia menampakkan satu potensi cukup besar. Istilah melabelkan kafir kepada masyarakat bukan Islam tidak lagi menjadi keperluan dalam konteks negara bangsa di Malaysia.

Masyarakat dalam negara termasuk Muslim dan bukan Muslim harus memahami tanggungjawab sebagai warganegara dan berkongsi nilai kehidupan rakyat Malaysia. Mahu tidak mahu sebagai negara pelbagai bangsa dan etnik, rakyat harus sama-sama menghargai satu sama lain.

Rakyat Malaysia tidak harus ada alasan untuk saling mengenepikan hak dan tanggungjawab pelbagai etnik untuk sama-sama membangunkan negara ke arah lebih baik.

Konsep muhibah menjadi teras menyatukan pelbagai bangsa di Malaysia sangat penting untuk diamalkan supaya menjadi teras dan kayu ukur kepada pembangunan negara lebih baik.

Pelaksanaan konsep ‘Taayush’ dalam konteks pembinaan kemasyarakatan murni harus dilihat melalui kaca mata Islam sebenar. Islam bukan agama membangkitkan kebencian dalam kalangan penganutnya dan orang di luar agamanya.

Sudah tentu realiti masyarakat di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya dan etnik memungkinkan berlaku pelbagai perselisihan serta kekeliruan, namun ia harus ditangani dengan bijak dan sebaiknya.

Kebencian hanya merugikan

Kebencian dalam kalangan masyarakat pelbagai agama dan bangsa di Malaysia amat merugikan. Apa yang lebih penting adalah dialog dan perhubungan bersama, mencari jalan penyelesaian baik demi menubuhkan kejayaan bersama di bawah bumbung Malaysia.

Sikap sesetengah kelompok memperjuangkan hak bangsa masing-masing secara keterlaluan boleh membangkitkan kecurigaan melampau, bakal mengundang kepada perpecahan.

Menjadi satu keperluan dan kepentingan pengalaman Malaysia sebagai negara majmuk untuk dikongsi dengan jiran ASEAN bagaimana keperluan memurnikan kehidupan penuh dengan ragam dan kepelbagaian.

Sememangnya tidak dinafikan apabila wujud sikap berasingan dan tiada tolak ansur, ia akhirnya menumbuhkan benih pertelingkahan kepada warganegara, akhirnya boleh menyebabkan pertumpahan darah.

Akibat kejumudan dan kedegilan sesetengah pemimpin negara jiran yang bersikap individualistik menyebabkan wujud sikap diktator dalam mengurus kepelbagaian rakyat dalam negara.

Berdasarkan tindakan dan keperluan memastikan rantau ini aman dan damai, kebijakan politik negara bakal menjadikan ASEAN sebagai rantau aman dan tenteram, ini bakal mengundang peluang ekonomi dan pelaburan lebih baik.

Dasar ekonomi terbuka dan santun memerlukan sikap serta pemimpin negara berpandangan luas dan ke hadapan. ASEAN terkenal dengan kepelbagaian majoriti dan minoriti bangsa dalam negara.

Formula kesantunan, etika dan akhlak baik diperlukan dalam memastikan rantau ini terus dihormati. Di sinilah Malaysia boleh menggunakan platform ASEAN untuk berkongsi formula terbaik.

Sebagai negara Islam, Malaysia berpegang kepada semangat kebersamaan dan hidup secara tolak ansur demi keharmonian rakyat dan negara. Rakyat majoriti dipelihara namun rakyat minoriti tidak dipinggirkan.

Kehidupan dalam negara tidak boleh menjadi faktor berlaku ketidakadilan, malah sikap jujur dan beretika sangat penting dalam mewujudkan negara aman dan dapat memastikan ekonomi serta kehidupan terbaik.

Apatah lagi 2025 adalah tahun Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dengan ketokohan dan pengalaman beliau, Malaysia mempunyai keupayaan meneruskan legasi membawa misi keharmonian dan kesejahteraan global menggunakan Pendekatan ASEAN.

Malaysia mampu menjadi contoh bagaimana formula kesejahteraan, mengemudi negara dengan harmoni, rakyat hidup dalam kepelbagaian dalam bingkai kesatuan sebagai formula penting memastikan keharmonian masyarakat serantau dapat dipelihara.

Penulis ialah Timbalan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Berita Wadah|Berita Wadah - BM

TAHNIAH ATAS PENGANUGERAHAN PROFESOR EMERITUS

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Merakamkan Penghargaan kepada Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan penuh rasa syukur dan bangga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), di atas penganugerahan gelaran Profesor Emeritus oleh Universiti Malaya (UM) […]

Baca Lanjut

KONVOKESYEN KDH KALI KE-25

KONVOKESYEN KOLEJ DAR AL-HIKMAH (KDH) KALI KE-25 Konvokesyen Kolej Dar Al-Hikmah (KDH) ke-25 telah berlangsung dengan penuh gemilang di Bangi Convention Centre, Bangi. Majlis ini menyaksikan seramai 100 graduan berjaya menamatkan pengajian mereka di peringkat Diploma, melibatkan pelbagai bidang pengajian. Anugerah tertinggi, Pelajar Citra Cendekia Al-Hikmah, telah diberikan kepada Mohamad Zharfan Shah Bin Hadini dari […]

Baca Lanjut

AKTIF PROMOSI PELAN DAMAI

Malaysia Perlu Lebih Aktif Promosi Pelan Damai Keberanian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan cadangan dalam Perhimpunan Tergempar Liga Arab supaya Israel disingkirkan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Besatu (PBB) amat membanggakan. Ini membuktikan Malaysia mempunyai kredibiliti memimpin dunia Islam akan datang. Cabaran utama Malaysia memimpin dunia Islam adalah kompleks dan memerlukan pendekatan berhati-hati kerana dunia […]

Baca Lanjut

URUS KEHARMONIAN BERTUNJANG ISLAM

Urus keharmonian bertunjang Islam kelebihan Malaysia pimpin ASEAN Ajaran Islam itu sendiri sesuai untuk setiap manusia dan tidak terbatas dengan masa tertentu. Aspek ‘alamiyyah merangkumi tiga bidang utama iaitu syariah, akhlak dan akidah. Semua manusia tanpa mengira bahasa, warna kulit dan bangsa mempunyai kedudukan sama di sisi Allah SWT. Tidak ada bangsa lebih mulia daripada […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
141676
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
738,629
Klik Sini