Muktamar Nasional WADAH ke-19

Sidang Muktamar

FORUM MADANI & KEAMANAN GLOBAL: HARMONI DALAM KEPELBAGAIAN

FORUM MADANI DAN KEAMANAN GLOBAL : HARMONI DALAM KEPELBAGAIAN

Malam Keamanan dan Kesyukuran

Rakaman Amanat Pimpinan

Majlis Makan Malam Ukhuwah WADAH

Majlis Makan Malam Ukhwah

Koleksi Artikel

Makan Malam Membugar Perjuangan Generasi

Majlis Jamuan Makan Malam Ukhuwah “Membugar Perjuangan, Membangun Nahdah” Meriah di Pulau Pinang Pulau Pinang, 28 November 2025 – Dewan Bizmilla, Seberang Jaya, menjadi saksi kemeriahan Majlis Jamuan Makan Malam…
Baca Lanjut

Hala Tuju Baru Memperkasa Umat

Sidang Muktamar Nasional MUKNAS19 Wadah Pencerdasan Umat: Hala Tuju Baru Memperkasa Umat Seberang Jaya, 28 November 2025 – Sidang Pertama Muktamar Nasional (MUKNAS) kali ke-19 Wadah Pencerdasan Umat (MUKNAS19) berlangsung…
Baca Lanjut

Sajak dan Lagu Ajalin Musamma: Masanya Sudah Tiba

Sajak Ajalin Musamma: Masanya Sudah Tiba
Sempena Muktamar Nasional WADAH Pencerdasan Umat Kali Ke-19 (MUKNAS19)

Ajalin Musamma!
Masanya sudah tiba.
Tiada awal, tiada lewat,
Walau sedetik cuma—
Kerana waktu Tuhan,
Tidak pernah tersilap arah.

Seratus tahun penderitaan panjang,
Darah tumpah di tanah terampas,
Bangsa dijajah, harta dijarah,
Anak dibunuh tanpa kasihan,
Air mata menjadi sungai,
Harapan menjadi debu.

Kerana Umarak, Ulama, Umat berantakan,
Hati berpecah sepecah-pecahnya,
Saling meluka bukan membina,
Saling membakar bukan menyubur,
Sehingga tiada apa yang tinggal
Selain runtuhan jiwa yang luka.

Sang Penjajah tersenyum lebar,
Silih berganti mereka datang,
Pecah-perintah—
Senjata ampuh warisan gelap,
Dan umat terus dijajah,
Hingga lenguh maruah sendiri.

Namun Gaza membuka segalanya.
Genosid itu memecahkan tirai dunia,
Menggoncang hati umat manusia,
Menghidupkan semula roh yang lama mati.
Pengorbanan Palestin—
Benar, menjadi asbab
Cahaya Islam kembali menyala.
Doa ribuan syuhada,
Tidak pernah sia-sia di sisi Allah.

Ajalin Musamma!
Dah tiba masanya—
Islam kembali menyinar,
Bagai fajar membelah malam,
Menyebar rahmat ke seluruh alam.

Ajalin Musamma!
Bangkitlah wahai pejuang dakwah,
Robekkan selimut zon selesa,
Bangunlah!
Kerana rehat bukan kalimah
Dalam kamus orang beriman.

Gantikan ia dengan Jihad,
Bukan separuh hati,
Tetapi seluruh jiwamu—
Kerana Syurga tidak murah,
Namun ia pasti
Bagi mereka yang tetap di jalan-Nya.

Malaysia Madani,
Sirah Madinatun Nabi.
Inilah sunnah kenegaraan
Warisan peradaban
Panduan zaman berzaman
Segala jalan Nabi—
Pasti diredhai,
Walau penuh rintangan
Yang mencakar langkah kita.

Ajalin Musamma!
Inilah masa,
Inilah detik,
Inilah fajar yang ditunggu-tunggu.
Dan Allah bersama,
Setia menemani—
Bagi mereka
Yang yakin sepenuhnya,
Yang redha sepenuhnya,
Yang menyerahkan hatinya,
Tanpa ragu kepada-Nya.

Ajalin Musamma!
Islam bangkit semula.
Dan kita—
Kitalah penyambung cahayanya.

Cetusan Rasa:
Dato’ Ahmad Azam bin Ab Rahman
Seberang Jaya
29 November 2025M / 7 Jamadil Akhir 1447H
Jumlah Pelawat Hari ini :
746
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
172749
Klik Sini