MUKTAMAR NASIONAL KE-18 WADAH

Kongsikan artikel ini :

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah mengadakan Muktamar kali ke 18 di IDCC, Shah Alam pada 25-27 Oktober 2024. Seramai 470 orang  perwakilan dan pemerhati dari Wadah seluruh negara berkampung di Shah Alam. Program MAJLIS PERSIDANGAN SALWA KEBANGSAAN mengambil waktu pagi Jumaat, 25 Oktober dihadiri lebih 150 perwakilan Salwa di seluruh negara.

Sebagaimana dalam upacara tradisi, Setiausaha Agung , Azizuddin Ahmad memulakan bicara dengan mengalu-alukan semua tetamu dan peserta seminar. Diteruskan dengan ucapan Dasar daripada Presiden WADAH, Dato Ahmad Azam Abd Rahman. Dalam ucapan dasarnya, beliau telah mengupas isu-isu semasa dan mencadangkan solusi bagi menggerakkan WADAH pada masa depan.

Seminar memulakan aturcara bertajuk Seminar Fiqh Ta’ayush: Hidup damai dalam komuniti ASEAN. Seramai 8 orang ilmuan daripada ASEAN: Indonesia, Singapura, Malaysia, Brunei, Thailand, Vietnam dan Cambodia membentang idea, kajian dan pengalaman komuniti dinegara masing-masing. Sebelum itu , Dato Prof Dr Muhd Nur Manuty dalam ucap utamanya  memberi garis-garis besar dalam memandu tatakelola hidup dalam komuniti ASEAN. Ianya mestilah berpandu kepada sumber AL-Quran Dan sunnah dan meraikan prinsipal madani.

YAB Dato Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor telah menyempurnakan program dengan merasmikan  seminar pada tengahari. Beliau merasakan sudah tiba masanya kita membawa pengalaman Malaysia dikongsikan dengan rakan ASEAN. Beliau juga akan memberi sokongan kepada WADAH dalam usaha-usaha menggerakkan aktiviti di ASEAN. Seterusnya beliau melancarkan 2 buku baru dari Wadahpress bertajuk Bicara AL Quran tentang status Kehambaan Manusia (Tafsir Mawdu’iy ) karya Dr Siddiq Fadzil dan Islam dan Dakwah Ummah (Tadabbur ayat-ayat pilihan) tulisan Hj Abdul Halim Ismail.

Program diteruskan dengan acara Makan Malam Nahdah. Program rutin kali ini menobatkan 5 tokoh teras gerakan yang sentiasa bersama-sama ABIM/ WADAH sejak 40 tahun yang lalu. Tokoh yang dipilih kali ini ialah Hj Taha Ahmad (Melaka), Hj Sulaiman Hj Osman dan Hjh Faridah Datuk Abu Bakar Titingan (Sabah) Ustaz Mohamad Zuki  bin Idris (Perak), Muhamad Isa @ Omar Hj Man (Kedah).  Malam tersebut muktamirin diperkenalkan dengan Logo Tunas Nahdah.

Muktamar mengambil masa berselang seli dari aturcara. Perbahasan kali membawa isu agama, sosial dan kaderisasi di samping membahas ucapan dasar Presiden dan ucapan penangguhan. Pelancaran Unit SAFWAH , bagi  menyediakan progam golongan muda dalam WADAH dan MACASID untuk program di ASEAN. Muknas kali ni menamakan EXCO WADAH sesi 24-27 membariskan yang lama dimulakan dengan Presiden Dato Ahmad Azam abd Rahman dengan tambahn 6 exco tambahan iaitu Dr Ahmad El Muhammady, Dr Hammad, Hj Musleh, Sdr Khairudin Abas, Prof Dr Arsiah Badron dan Sdr Megat Azlan.  Pengerusi Salwa yang baru, Pn Nordiran Idris. Nama-nama tersebut di istiharkan oleh Timbalan Pengerusi Syura , Tn Hj Naharudin Abdullah.

MUKNAS tamat pada jam 1 pm, 27 hb Oktober dengan solawat dan lagu Nahdah.

Berita Wadah|Berita Muktamar|Berita Wadah - BM

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]

Baca Lanjut
PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM-HINDU PEACEFUL COEXISTENCE

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]

Baca Lanjut
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
1557
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
392056
Klik Sini