MENGANGKAT FIKRAH SIDDIQ FADZIL

Kongsikan artikel ini :

Mengangkat Fikrah Siddiq Fadzil dalam kerangka Gagasan Madani
– Ucapan Aluan Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman Presiden WADAH, sempena Seminar Fikrah Siddiq Fadzzil Peringkat Kebangsaan 2024

Alhamdulillah setinggi kesyukuran kepada ALlah SWT atas limpah bagi memungkinkan Seminar Fikrah Siddiq Fadzil bertemakan Membina Kesatuan Bangsa: Kerukunan Hidup Bersama dalam Budaya Damai Menerusi Gagasan Madani dapat dilaksanakan pada hari ini.

Seminar kali ini amat bermakna kerana ianya dilaksanakan ditempat kelahiran Almarhum Siddiq Fadzil dan lebih bermakna dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga berasal dari Bagan Datuk.

Mengangkat Fikrah Siddiq Fadzil dalam kerangka Gagasan Madani adalah satu langkah yang tepat pada masanya. Ketika negara di landa dengan fenomena politik identiti yang membibitkan kebencian dan permusuhan sesama sendiri dan antara kaum, agenda kesatuan bangsa adalah langkah yang wajar dan relevan buat masa kini.

Khazanah pemikiran Ustaz Siddiq di penghujung hayatnya banyak menekankan persoalan kerukunan hidup bersama dalam budaya damai. Ini bersesuaian dengan semangat kesatuan yang menjadi agenda penting Rasulullah SAW dalam menggagas persaudaraan Muhajirin Ansar dan Sahifah Madinah yang menjadi asas kekuatan Kota Madinah waktu itu.

Begitu banyak khazanah ilmu yang di wariskan oleh Ustaz Siddiq yang masih belum dikaji dan dihadam dengan baik oleh generasi kini dari sejumlah buku-buku nukilannya. Usaha untuk mendekatkan legasi Ustaz Siddiq dengan anak muda wajar dipertingkatkan saperti Seminar Fikrah Siddiq Fadzil pada hari ini.

Di sini ingin saya cadangkan sebagai langkah untuk mengabadikan warisan pemikiran Ustaz Siddiq, di bina satu Muzium Tokoh Negara asal Perak di mana sumbangan besar tokoh-tokoh asal Perak di abadikan sejarah perjuangannya di dalam Muzium tersebut bagi memberi inspirasi kepada generasi muda. Saya kira sumbangan perjuangan Dato Seri Zahid Hamidi juga tidak kurang hebatnya dalam politik mengangkat martabat Melayu Islam.

Saya teringat di tahun 2000, ketika masih Presiden ABIM, dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, kami telah menganjurkan Seminar Buya Hamka sebagai usaha untuk mengangkat pemikiran dan keilmuannya yang pada waktu itu semakin di lupakan di negara ini dan juga di Indonesia. 8. Lanjutan dari Seminar tersebut, maka Satu Seminar yang sama di buat di tempat kelahiran Buya Hamka iaitu di Danau Maninjau, Kabubaten Agam, Sumatera Barat. Ustaz Siddiq adalah pembicara utama Seminar.

Alhamdulillah, Seminar tersebut telah mencetuskan ilham untuk membina Muzium Buya Hamka di Danau Maninjau oleh Gabenor Sumatera Barat pada tahun 2002. Sejak itu warisan ilmu Buya Hamka makin menyemarak khususnya di Malaysia. Danau Maninjau menjadi Situs Wisata Islami bagi yang melancong ke Bukit Tinggi, Sumatera Barat.

Besarlah harapan kami jika cadangan ini diberi perhatian oleh YAB Timbalan Perdana Menteri untuk menjadi realiti satu hari nanti, Bagan Datuk menjadi tumpuan pelancung untuk mengenali tokoh pejuang dan pemikir negara asal Perak.

Saya merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Dato Seri Zahid atas kesudian merasmikan Seminar ini dan juga kerjasama erat Dewan Bahasa dan Pustaka bagi menjayakannya.











Bicara Presiden|Bicara Presiden - BM

Wacana “Leadership Through Mercy, Not Power” Himpunkan Sheikh Yasir Qadhi & Sheikh Sa’eed Al-Kamali di WTC Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 6 Disember 2025 – Nilai rahmah sebagai teras kepimpinan Islam menjadi fokus utama dalam program “Leadership Through Mercy, Not Power” yang berlangsung di Dewan Tun Dr. Ismail, WTC Kuala Lumpur malam ini. Program ini menampilkan dua tokoh ulama dunia, Sheikh Yasir Qadhi dan Sheikh Sa’eed Al-Kamali, dengan Ustaz Muhammad Ameen sebagai moderator. Dalam […]

Baca Lanjut

WADAH ANJUR PERSIDANGAN MEJA BULAT HASIL PENYELIDIKAN DAN PERKONGSIAN PROJEK KEMASYARAKATAN BERSAMA NGO

Putrajaya, 12 November 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah menganjurkan sesi Roundtable Discussion (RTD) bertajuk Hasil Penyelidikan Dan Perkongsian Projek Kemasyarakatan Bersama NGO. Sesi ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Ceria 2, Hotel Dorsett, Putrajaya yang telah menampilkan empat orang panel jemputan dari Pusat IDEA, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sesi ini dimulakan dengan […]

Baca Lanjut

KDH Lancar Skim Infaq Makanan Tambahan Bantu Siswa Siswi Kurang Berkemampuan

SUNGAI MERAB, 3 November 2025 — Kolej Dar al-Hikmah (KDH) melancarkan Skim Infaq Makanan Tambahan Siswa/Siswi KDH sebagai inisiatif kebajikan bagi membantu pelajar kategori asnaf, khususnya dalam menyediakan makanan yang lebih bernutrisi sepanjang pengajian. Pelancaran disempurnakan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merangkap Presiden Kolej Dar al-Hikmah yang baharu, Dato’ Haji Ahmad Azam Ab […]

Baca Lanjut

SALAM TAKZIAH

Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya jua kita kembali.” Dengan penuh dukacita, WADAH merakamkan ucapan takziah atas pemergian Prof. Emeritus Datuk Dr. Ahmat Adam, seorang tokoh ilmuwan, sarjana dan intelektual negara yang amat dihormati, serta merupakan pengasas dan ahli Profesor Melayu G70. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada dunia akademia dan pemikiran intelektual tanah […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
377
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
144714
Klik Sini