WADAH PILIH KEPIMPINAN BARU SESI 2021/24

Kongsikan artikel ini :

29 Disember 2021, BANGI – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah memilih barisan kepimpinan baru untuk sesi 2021/24 bersempena Muktamar Nasional (MUKNAS) yang telah diadakan pada 25 Disember 2021 lalu. Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, yang kini merupakan Penasihat Khas Kementerian Luar Bagi Hal Ehwal Afghanistan kekal menerajui WADAH. Manakala Timbalan Presiden WADAH disandang oleh Ustaz Hasri Harun, seorang pensyarah di Universiti Selangor (UNISEL). Beliau menggantikan Haji Ab Halim Ismail yang kembali ke rahmatullah beberapa bulan lalu. Seramai empat Naib Presiden telah dipilih memimpin WADAH pada kali ini iaitu Haji Ab Khudus Mohd Naaim, Prof Madya Dr Nur Izura Udzir, Ustaz Mohd Yusop Hasan dan Prof Dr Mohd Fauzan Noordin.

WADAH juga telah melantik Dr Muhamad Razak Idris, seorang ahli akademik di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan (UKM) sebagai  Setiausaha Agung baru menggantikan Haji Mohd Halimi Abdul Hamid yang diamanahkan sebagai Setiausaha Kewangan. Manakala, Saudara Khairul Ariffin Mohd Munir telah diamanahkan sebagai Penolong Setiausaha Agung.

Ahli-ahli Jawatankuasa WADAH yang lain ialah En. Fauwaz Hasbullah, Hj. Amidi Abdul Manan, Ustaz Zamri Zainal Abidin, Puan Mahanom Basri, Hj. Ahmad Sulaiman, Hj. Azizuddin Ahmad, Hajjah Nordiran Idris, En. Ahmad Saparuddin, Ustaz Naim Mohd Nor dan Puan Maria Kamel.

Sebahagian barisan Ahli Jawatankuasa Pusat WADAH 2021/24.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM

KEBANGKITAN ISLAM 2.0 DALAM ERA PERUBAHAN GEOPOLITIK DUNIA: PERANAN GENERASI SAFWAH

Bismillahirrahmanirrahim. Saudara-saudari seperjuangan yang dirahmati Allah, Saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, Majlis Tautan Ukhuwwah Safwah yang dianjurkan oleh Safwah SALWA (Sekretariat Hal Ehwal Wanita WADAH) dapat diadakan sebagai titik pertemuan bersejarah bagi generasi ABIM dan PKPIM yang berusia 35 tahun ke atas. Majlis ini bukan sekadar nostalgia perjuangan lampau, tetapi […]

Baca Lanjut
ustaz dr abdul halim

UCAPAN MENGENANG JASA USTAZ DR ABDUL HALIM EL MUHAMMADY OLEH DATO AHMAD AZAM AB RAHMAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat serta mereka yang istiqamah di atas jalan dakwah hingga ke hari kiamat. Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Pada tanggal 16 April 2026 bersamaan […]

Baca Lanjut

SUA WADAH ADAKAN PERBINCANGAN STRATEGIK PERKASA PROGRAM PENDIDIKAN & KOMUNITI DI PULAU PINANG

Pulau Pinang, 19 April 2026 – Setiausaha Agung WADAH, Azizuddin Ahmad, mengadakan pertemuan bersama Pengarah Pusat Islam USM, Ustaz Zaid, serta seorang Ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang bagi meneliti beberapa inisiatif penting yang melibatkan pembangunan mahasiswa dan pengukuhan peranan komuniti. Antara perkara yang diberi tumpuan ialah pelaksanaan program halaqah pelajar di bawah Pusat Islam […]

Baca Lanjut
Raya WAPS Pulau Pinang

MAJLIS RAYA AIDILFITRI WAPS PULAU PINANG PERKUKUH UKHUWAH, HARGAI LEGASI PERJUANGAN

Pulau Pinang, 18 April – Majlis Raya Aidilfitri WAPS Pulau Pinang yang menghimpunkan WADAH, ABIM, PEMBIMBING dan SALWA berlangsung meriah di SERI Ad Diniah, Sungai Bakap. Lebih daripada sekadar sambutan perayaan, program ini menjadi ruang mempererat silaturahim antara pimpinan dan ahli gerakan, dalam suasana yang sarat dengan rasa syukur. Kehadiran Setiausaha Agung WADAH, Azizuddin Ahmad, […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
1106
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
433083
Klik Sini