WADAH DAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) RANCANG ANJUR SEMINAR FIKRAH DR. SIDDIQ FADZIL

Kongsikan artikel ini :

KUALA LUMPUR – WADAH dan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP) merancang anjurkan Seminar Fikrah Dr. Siddiq Fadzil pada 2023. Rancangan tersebut dicapai pada perbincangan yang telah diadakan pada kunjungan WADAH ke pejabat DBP. Tn. Hj. Mohd Salahuddin Dato’ Paduka Mohamed (Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera) telah hadir mewakili pihak DBP. Manakala WADAH telah diwakili oleh Dr. Muhammad Razak Idris (Setiausaha Agung WADAH) dan Pn. Maria Kamel (Exco Wadah). Turut hadir sama Tn. Hj. Abdul Mutalib Ibrahim serta Tn. Hj Khairul Faiz Morat dari WADAH Wilayah Persekutuan.

Perbincangan lanjut kerjasama program seminar akan datang dibincang sebagai usahasama memperkukuh hubungan dan mencerdaskan masyarakat.Moga bermanfaat untuk semua. #dewanbahasadanpustaka#PencerdasanUmat#SiddiqFadzil

Berita Wadah|Berita Wadah - BM

KEBANGKITAN ISLAM 2.0 DALAM ERA PERUBAHAN GEOPOLITIK DUNIA: PERANAN GENERASI SAFWAH

Bismillahirrahmanirrahim. Saudara-saudari seperjuangan yang dirahmati Allah, Saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, Majlis Tautan Ukhuwwah Safwah yang dianjurkan oleh Safwah SALWA (Sekretariat Hal Ehwal Wanita WADAH) dapat diadakan sebagai titik pertemuan bersejarah bagi generasi ABIM dan PKPIM yang berusia 35 tahun ke atas. Majlis ini bukan sekadar nostalgia perjuangan lampau, tetapi […]

Baca Lanjut
ustaz dr abdul halim

UCAPAN MENGENANG JASA USTAZ DR ABDUL HALIM EL MUHAMMADY OLEH DATO AHMAD AZAM AB RAHMAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat serta mereka yang istiqamah di atas jalan dakwah hingga ke hari kiamat. Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Pada tanggal 16 April 2026 bersamaan […]

Baca Lanjut

SUA WADAH ADAKAN PERBINCANGAN STRATEGIK PERKASA PROGRAM PENDIDIKAN & KOMUNITI DI PULAU PINANG

Pulau Pinang, 19 April 2026 – Setiausaha Agung WADAH, Azizuddin Ahmad, mengadakan pertemuan bersama Pengarah Pusat Islam USM, Ustaz Zaid, serta seorang Ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang bagi meneliti beberapa inisiatif penting yang melibatkan pembangunan mahasiswa dan pengukuhan peranan komuniti. Antara perkara yang diberi tumpuan ialah pelaksanaan program halaqah pelajar di bawah Pusat Islam […]

Baca Lanjut
Raya WAPS Pulau Pinang

MAJLIS RAYA AIDILFITRI WAPS PULAU PINANG PERKUKUH UKHUWAH, HARGAI LEGASI PERJUANGAN

Pulau Pinang, 18 April – Majlis Raya Aidilfitri WAPS Pulau Pinang yang menghimpunkan WADAH, ABIM, PEMBIMBING dan SALWA berlangsung meriah di SERI Ad Diniah, Sungai Bakap. Lebih daripada sekadar sambutan perayaan, program ini menjadi ruang mempererat silaturahim antara pimpinan dan ahli gerakan, dalam suasana yang sarat dengan rasa syukur. Kehadiran Setiausaha Agung WADAH, Azizuddin Ahmad, […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
832
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
434559
Klik Sini