Belasungkawa: Pemergian Sasterawan Negara A. Samad Said | WADAH
November 25th, 2026
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
BELASUNGKAWA
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Seluruh pimpinan dan warga Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Seri Dr. Abdul Samad Muhammad Said (A. Samad Said), Sasterawan Negara yang telah kembali ke rahmatullah.
Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada dunia persuratan, kesusasteraan dan kebudayaan tanah air. Sebagai Sasterawan Negara, Allahyarham telah banyak menyumbang kepada perkembangan sastera Melayu melalui karya-karya yang sarat dengan nilai kemanusiaan, pemikiran dan kritikan sosial. Sumbangan serta perjuangan beliau dalam memartabatkan bahasa dan kesusasteraan Melayu telah meninggalkan warisan intelektual yang amat berharga buat generasi akan datang.
WADAH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa dan sumbangan Allahyarham dalam memperkaya khazanah persuratan negara. Legasi pemikiran dan karya beliau akan terus dikenang sebagai sebahagian daripada warisan bangsa.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, menerima segala amal kebajikannya dan menempatkan roh beliau dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
BELASUNGKAWA إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Seluruh pimpinan dan warga Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Seri Dr. Abdul Samad Muhammad Said (A. Samad Said), Sasterawan Negara yang telah kembali ke rahmatullah. Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada dunia persuratan, kesusasteraan […]
KUALA LUMPUR, 14 November 2026 – Memperkukuh daya tahan institusi kekeluargaan serta membekalkan ibu bapa dengan kemahiran mendidik generasi muda dalam persekitaran teknologi yang serba mencabar menjadi fokus utama penganjuran Bengkel Keibubapaan Era Digital Siri Ke-8. Program anjuran Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) ini telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras, Kuala […]
KUALA LUMPUR, 23 November 2026 – Memupuk kecintaan mendalam terhadap kalamullah sejak usia muda serta memperkukuh sinergi pendidikan komuniti di peringkat akar umbi menjadi fokus utama penganjuran Majlis Penutup Kelas Pengajian al-Quran yang berlangsung dengan penuh meriah di Surau Babul Khairat, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Perkasa hari ini. Program bermakna ini dijayakan oleh Wadah Pencerdasan […]
17 November 2026 | Editor WADAH SUNGAI GABAI, 17 November – Seramai 20 orang kanak-kanak masyarakat Orang Asli Sungai Gabai telah menyertai program komuniti yang dikendalikan oleh empat peserta Daie Muda YADIM (DMY) yang kini menjalani latihan industri di Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH). Program ini memberi tumpuan kepada aktiviti interaktif dan santai bersama kanak-kanak […]