WADAH PENCERDASAN UMAT

WADAH SAMPAIKAN 6 RESOLUSI USUL DI PERTEMUAN BERSAMA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

13 Mac 2024, KUALA LUMPUR – Alhamdulillah, WADAH telah mengadakan pertemuan bersama YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Hj. Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertempat di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Pertemuan diketuai oleh Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden WADAH.  Dalam pertemuan ini, WADAH melahirkan rasa terima kasih atas kesudian YBM hadir ke Ijtima’ Harakiy kali ke-7  WADAH – ABIM – PKPIM pada bulan Disember tahun lalu.  WADAH turut berkongsi perkembangan terkini berkaitan OIC dan Sidang Hak Asasi Manusia di Geneva, susulan daripada kehadiran Presiden WADAH sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Bebas Hak Asasi Manusia (IPHRC), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di persidangan tersebut 5 Mac lalu.  Selain itu, resolusi usul dan syor daripada perwakilan Muktamar Nasional (MUKNAS) WADAH turut disampaikan untuk perhatian YBM, termasuk perbincangan berkaitan isu-isu semasa meliputi tema usul berikut:  Usul 1: Reformasi Institusi Masjid di MalaysiaUsul 2: Bahaya Qazaf, Perpaduan dan Keamanan MasyarakatUsul 3: Kesalahan Qazaf bagi Tuduhan LiwatUsul 4: Larangan Penjualan Arak dan yang Seumpamanya di Premis AwamUsul 5: Bahaya FitnahUsul 6: Mengangkat Agenda Dakwah Serantau Memperkukuh Malaysia Madani  WADAH sentiasa sedia memberi kerjasama dengan YBM dalam sama-sama memperkasa umat melalui usaha meningkatkan ilmu, kecerdasan dan daya fikir masyarakat seluruhnya.










Jumlah Pelawat Hari ini :
137
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
198,029
© 2024 WADAH. Hak Cipta Terpelihara.
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi