26 Ogos 2023, KUCHING – Naib Presiden WADAH, Prof. Madya Ts. Dr. Nur Izura Udzir telah hadir memberi ucaptama di Muktamar WADAH Sarawak yang telah berlangsung di Masjid Al-Abyad, Matang Jaya. Turut hadir sama, Pn. Nordiran Idris, Exco WADAH Pusat.
Sempena muktamar kali ini, “Seminar Malaysia Madani: Ke Arah Masyarakat Maju dan Makmur” turut diadakan yang turut menampilkan Sdr. Farhan Rosli, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) sebagai panel.
Moga gerak kerja dakwah di Sarawak dapat terus diperluas dan subur dalam usaha mencerdas dan mengangkat Islam rahmatan lil ‘alamin.