Misi WADAH
Menjadi wadah pemerkasa umat yang berwibawa dan kompeten berasaskan petunjuk al-Kitab dan al-Hikmah.
Visi WADAH
Memperkasa umat dengan cara meningkatkan kesedaran dan kecerdasan daya fikir mereka melalui pengembangan literatur yang bermutu, perbahasan dan wacana ilmu yang berkualiti serta pernyataan pandangan yang jelas dan tegas.
7 Teras Dakwah
Fokus kerja Wadah Pusat adalah 7 agenda strategik berikut :
1. Keutuhan Institusi Gerakan
Mempertingkatkan pengurusan dan mutu gerak kerja dakwah menerusi pengupayaan sumber, ruang dan teknologi baru serta keselarasan kerjasama strategik.
2. Pentarbiyahan Umat
Menganjurkan aktiviti pencerdasan (tanwir) kefahaman dan kepekaan umat terhadap pengetahuan tradisi dan semasa berkaitan keagamaan, hal ehwal sosial dan ketamadunan serta pembinaan kader dakwah yang cekap dan berkualiti.
3. Dakwah Nasional
Menangani cabaran-cabaran dakwah semasa di peringkat nasional meliputi penilaian terhadap dasar, pengukuhan kepemimpinan, peningkatan kualiti nilal dan budaya serta isu-isu berkepentingan nasional.
4. Dakwah Antarabangsa
Memberikan sumbangan khidmat perundingan dan pembangunan terhadap keperluan dan cabaran dakwah umat di peringkat antara-
bangsa menerusi rangkaian kerjasama strategik di pelbagai
peringkat.
5. Kelestarian Dana Dakwah
Menganjurkan pembudayaan
amalan infaq berterusan di kalangan masyarakat menerusi institusi jariah yang cekap dan amanah untuk pemerkasaan kegiataan dakwah di peringkat nasional dan antarabangsa.
6. Kebajikan Sosial
Membangunkan program pengukuhan kebajikan sosial kepada golongan yang memerlukan dan ditimpa musibah bagi meringankan beban dan membantu kesejahteraan hidupmasyarakat.
7. Persuratan Dakwah
Menjana ilmu-ilmu baru dan menerbitkan karya-karya ilmiah dan semi-ilmian dalam pelbagai bentuk yang sesuai untuk bacaan, rujukan dan wacana bagi membina kualiti fikrah dan ilmu yang sebenar di kalangan masyarakat.
Jumlah Pelawat Hari ini :
178109
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
738,060
Klik Sini