Logo Wadah

Huruf-huruf waw-alif-dal-ha yang membentuk perkataan WADAH tidak hanya mewakili huruf-huruf jawi tradisi yang diguna bagi mengungkap hati budi masyarakat Islam di Alam Melayu, tetapi yang lebih penting huruf-huruf tersebut adalah huruf-huruf hijaiyyah yang membentuk kalimat bagi ayat-ayat al-Quran. Di samping membayangkan penghargaan terhadap tradisi keintelektualan umat rantau ini, huruf-huruf ini juga menegaskan sikap WADAH untuk sentiasa menjunjung Wahyu Ilahi sebagai sumber kebenaran dan petunjuk bagi kehidupan dengan Keredhaan Allah sebagai matlamat dari seluruh amal dan perjuangan.

Alif yang menjulang tinggi tidak hanya sebahagian dari kalimat WADAH, tetapi Alif juga adalah huruf pertama untuk kalimat lafz al-jalalah, al-ism al-a’zam iaitu ALLAH.

Aturan dan posisi huruf-huruf waw-alif-dal-ha yang berimbangan kiri dan kanan, membayangkan usaha untuk mewujudkan keseimbangan (tawazun) dalam pendekatan dan tindakan. Namun apapun tindakan yang diambil adalah dengan tujuan yang satu iaitu bagi mengangkat martabat umat. Begitu yang dibayangkan oleh hujungan huruf-huruf waw-alif-dal yang menyatu mengangkat huruf ha.

Warna hijau pada kalimat WADAH memanifestasikan Islam sebagai agama malar segar yang menjanjikan nikmat balasan terindah dari Allah subhanahu wa taala.
Jumlah Pelawat Hari ini :
178001
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
738,952
Klik Sini