KENYATAAN MEDIA : USAHA MEMPERKASA KOMUNITI OKU: WADAH METERAI KERJASAMA STRATEGIK BAGI MENGANGKAT AGENDA DISABILITY INCLUSION DI MALAYSIA

Kongsikan artikel ini :

Kenyataan Media 3 Disember 2025

Bersempena sambutan Hari OKU Sedunia, WADAH menegaskan komitmen berterusan dalam memperkasa agenda disability inclusion, meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu OKU serta membudayakan nilai empati dalam komuniti. Bagi menggerakkan usaha ini, WADAH telah memeterai hubungan strategik bersama Pertubuhan Kebangsaan Advokasi Pendidikan dan OKU Sejahtera.

Kerjasama ini memberi ruang kepada pelaksanaan program latihan, advokasi masyarakat, penyelidikan serta kempen kesedaran yang memperkukuh budaya Disability Inclusive Leadership seperti yang dipraktikkan oleh Rasulullah SAW lebih 1400 tahun dahulu yang berteraskan rahmah, keadilan dan pemerkasaan golongan rentan.

Melalui kerjasama ini, WADAH menekankan pembangunan kepimpinan inklusif yang mengangkat peranan, suara dan potensi komuniti OKU dalam masyarakat. Konsep Disability Inclusive Leadership yang diketengahkan bukanlah satu pendekatan baharu, sebaliknya ia berakar daripada kepimpinan Rasulullah SAW yang sentiasa menunjukkan empati, mendengar keperluan golongan kelainan upaya dan memberikan mereka ruang serta tanggungjawab dalam pembangunan masyarakat. Nilai kepimpinan berasaskan ihsan dan rahmah inilah yang ingin WADAH hidupkan kembali agar ia menjadi budaya arus perdana dalam pembinaan masyarakat Malaysia.

Selaras dengan kerangka DASAR MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat, ekonomi berperikemanusiaan dan pembentukan masyarakat penyayang, WADAH percaya bahawa agenda pemerkasaan OKU perlu diperkukuh di semua peringkat. Budaya empati OKU dan prinsip ihsan yang dipraktikkan pada zaman Rasulullah SAW wajar dijadikan asas dalam membina ekosistem masyarakat MADANI hari ini. Dengan mengangkat nilai keberpihakan kepada golongan rentan, Malaysia bukan sahaja dapat membentuk masyarakat inklusif, malah menjadikan perbezaan sebagai sumber kekuatan dalam memacu perpaduan dan keharmonian.

Azizuddin Ahmad,

Setiausaha Agung,

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM
keibubapaan

Bengkel Keibubapaan Era Digital Perkasa Ibu Bapa Hadapi Cabaran Teknologi dan Penggunaan Gajet

KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]

Baca Lanjut
Indonesia

Kunjung Hormat Delegasi Pendidikan dan Pesantren Indonesia ke WADAH: Rapatkan Ukhuwah Serantau, Teroka Kerjasama Pendidikan Islam Malaysia-Indonesia

BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Hubungan Raja dan Rakyat Perlu Diperkukuh Berteraskan Amanah, Adat dan Perlembagaan

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Adab Berbeza Pendapat dan Literasi Media Penting Tangani Perpecahan Masyarakat

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
3960
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
940915
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini