GISB PERLU DISIASAT DEMI KEMASLAHATAN UMAT ISLAM

Kongsikan artikel ini :

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) ingin menyatakan pendirian tegas kami berhubung isu Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) yang sedang hangat diperkatakan.

HIKAM menyokong kenyataan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menggesa siasatan segera dilakukan terhadap GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISB).

HIKAM menggesa agar siasatan menyeluruh terhadap GISB Holdings dibuat dengan telus dan adil. Sekiranya benar kegiatan yang melanggar undang-undang negara berlaku, tindakan perundangan hendaklah disegerakan demi kebaikan semua pihak.

HIKAM mengalu-alukan arahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar baru-baru ini supaya pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menjalankan siasatan dan kajian terperinci terhadap doktrin fahaman kumpulan GISB Holdings.

Akhir sekali, HIKAM ingin menekankan bahawa akidah umat Islam perlu dipelihara sejajar dengan maqasid syariah. Penting bagi kita semua untuk memastikan bahawa ajaran dan amalan Islam dipraktikkan dengan betul dan tidak diselewengkan.

HIKAM akan terus memantau perkembangan isu ini dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memastikan keadilan dan kebenaran ditegakkan.

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM)
1. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
2. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
4. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)

Sekretariat Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM)
Azizuddin Ahmad
Setiausaha Agung
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Shahrul Aman Mohd Saari
Setiausaha Agung
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Muhammad Aliemran Norasid
Setiausaha Agung
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Mohd Sabbri Md Yudin
Setiausaha Agung
Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)

Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM
keibubapaan

Bengkel Keibubapaan Era Digital Perkasa Ibu Bapa Hadapi Cabaran Teknologi dan Penggunaan Gajet

KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]

Baca Lanjut
Indonesia

Kunjung Hormat Delegasi Pendidikan dan Pesantren Indonesia ke WADAH: Rapatkan Ukhuwah Serantau, Teroka Kerjasama Pendidikan Islam Malaysia-Indonesia

BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Hubungan Raja dan Rakyat Perlu Diperkukuh Berteraskan Amanah, Adat dan Perlembagaan

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Adab Berbeza Pendapat dan Literasi Media Penting Tangani Perpecahan Masyarakat

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
4784
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
931462
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini