Anjung Rahmat
WADAH telah membangunkan Anjung Rahmat, Pusat Dakwah dan Tarbiyah untuk memenuhi misi WADAH dalam memperkasa umat dan mencerdaskan masyarakat melalui pengembangan literatur yang bermutu, perbahasan serta wacana ilmu yang berkualiti.

Tanah ini telah diwakafkan oleh Tn. Hj Yusop Hasan dan isteri, Pn. Shaharah dan bangunan ini telah dirasmikan pada 24 Januari 2016 oleh Yg. Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil, Pengerusi Majlis Istisyari WADAH (MIW).

Anjung Rahmat merupakan pusat latihan bersepadu yang memiliki inap tamu, tempat bermalam dan premis latihan pelbagai guna.

Antara kemudahan yang disediakan ialah:
  • 10 buah bilik penginapan
  • Dewan kuliah
  • Bilik mesyuarat
  • Hostel
  • Surau
  • Ruang Makan
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi sekretariat di : talian 03-8920 2142 atau 018-231 0643 (Raffie)
PENGINAPAN UNTUK DISEWA
Penginapan yang selesa di Anjung Rahmat SERENDAH RM 70 bagi tetamu tempatan dan luar negara!

Terdapat pelbagai kemudahan seperti bilik mesyuarat, dewan kuliah, ruang makan dan internet berkelajuan tinggi.

Bilik inap tamu pula bersih dan selesa iaitu sebanyak 10 bilik inap tamu
(4 Single Room, 4 Deluxe Room & 2 Super Deluxe Room)
dilengkapi dengan:
  • Penghawa Dingin
  • Pemanas Air
  • Wifi
  • Television
Harga bagi penginapan di Anjung Rahmat bermula :

RM 110
Per Malam
Super Deluxe
RM 90
Per Malam
Deluxe Room
RM 70
Per Malam
Bilik Single
Sebarang tempahan boleh ditempah disini :
Jumlah Pelawat Hari ini :
178111
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
738,062
Klik Sini