WADAH PENCERDASAN UMAT
PUSAT INFAQ WADAH
PENGENALAN
Pusat Infaq WADAH (PIW) telah diwujudkan hasil dari keputusan Mesyuarat Ahli JawatankuasaKerja Pusat WADAH yang bersidang pada Disember, 2013. Secara umumnya, PIW merupakan sayap penjana dana utama bagi WADAH di samping menentu serta memastikan kumpulan wang tersebut diagihkan kepada sasaran yang benar-benar layak menerimanya.

Dengan adanya PIW, ini membolehkan tumpuan khusus diberikan kepada urusan penjanaan dana, di samping menyalurkan sumber dana tersebut kepada program/aktiviti jamaah dan masyarakat yang menepati tuntutan syara`.

Peranan Utama PIW:
  • Menerima infaq – Menerima bayaran infaq dari para anggota WADAH serta orang awam secara langsung.
  • Menyalur kutipan zakat kepada institusi zakat negeri-negeri – PIW akan bertindak sebagai agen yang akan menyalurkan semua kutipan yang dibuat kepada institusi zakat.
  • Mengagih zakat – Wang yang diperolehi akan diagihkan kepada golongan asnaf serta mereka yang layak menerima.
Jumlah Pelawat Hari ini :
137
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
198,029
© 2024 WADAH. Hak Cipta Terpelihara.
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi