WADAH, IKRAM, ABIM & HALUAN SERU PENDEKATAN ISLAM WASATIY, TOLAK EKSTREMISME

Kongsikan artikel ini :

07 Ogos 2023, KUALA LUMPUR – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) telah mengadakan ‘Wacana Gerakan Islam: Islam Wasatiy Membangun Peradaban Ummah’ bertempat di Pusat Belia Antarabangsa, Jalan Yaacoob Latif, Kuala Lumpur.  Wacana ini dihadiri oleh Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman (Presiden WADAH), Hj. Badlishah Sham Baharin (Presiden IKRAM), Dr. Abdullah Sudin (Presiden HALUAN) dan Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz (Presiden ABIM).  Melalui wacana ini, Islam wasatiy telah dikupas oleh setiap Presiden NGO dan konsep ini dipersetujui untuk diangkat selari dengan ciri agama Islam yang menekankan kesederhanaan serta bersesuaian dengan demografi penduduk Malaysia.  Penubuhan ‘Himpunan Gerakan Islam Malaysia’ turut diumum, di mana keempat-empat NGO yang hadir bergabung, bertujuan menegakkan pemahaman Islamwasatiyah dan mencerdaskan umat dalam membina masyarakat madani (berperadaban dan bertamadun).  #PencerdasanUmat#IslamRahmatanlil‘alamin#GerakanIlmuDanBakti#BerakhlakMendidik&Berbakti












Berita Wadah|Berita Wadah - BM

Wanita Madani Bangkit Perkukuh Kesatuan

“Now is the Time”: Presiden WADAH Seru Wanita Madani Bangkit Perkukuh Kesatuan Ummah BANGI, 4 Oktober 2025 – “Now is the time!” demikian seruan Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) ketika menyampaikan ucapan penuh semangat dalam Majlis Makan Malam Inspirasi Wanita Madani: Menyulam Peradaban Ummah yang berlangsung pada 4 Oktober […]

Baca Lanjut

Program Kesihatan Reproduktif WADAH dan Yayasan Taqwa

Program Kesihatan Reproduktif WADAH dan Yayasan Taqwa: Membentuk Generasi Sihat & Bermaruah Alor Setar, 27 September 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Yayasan Taqwa telah menganjurkan Bengkel Kesihatan Reproduktif bertempat di Dewan Dato’ Sheikh Azmi Ahmad, Kompleks Pendidikan Al-Hikmah, Alor Setar, Kedah. Bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan dan pendidikan kesihatan reproduktif yang […]

Baca Lanjut

Ukhuwwah Islamiyyah Sebagai Penyembuh Luka

Ceramah Perdana dan Pelancaran Pusat Tunas Nahdah Pokok Sena, Masyarakat Madani: Ukhuwwah Islamiyyah – Penyembuh Luka, Perpaduan Umat ALOR SETAR, 26 September 2025 – Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman telah dijemput untuk menyampaikan ceramah perdana sempena Muktamar Negeri ke-19 WADAH Kedah dan Pelancaran Pusat Tunas Nahdah Pokok Sena, […]

Baca Lanjut

Tahniah Presiden, Pelantikan SUHAKAM dan Majlis Hukama’

Tahniah Presiden WADAH, Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman Atas Dua Pelantikan Penting KUALA LUMPUR, 28 September 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan penuh sukacita merakamkan ucapan tahniah kepada Presiden WADAH, Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman, atas dua pelantikan penting di peringkat nasional dan antarabangsa. Pertama, Dato’ Ahmad Azam telah menerima pelantikan […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
953
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
70965
Klik Sini