WADAH PENCERDASAN UMAT

KUNJUNGAN HORMAT GABUNGAN DAKWAH MALAYSIA (GDM)

20 Ogos, Selasa – Hari ini Presiden WADAH, Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman dan pimpinan WADAH yang disertai oleh Tuan Haji Azizuddin Ahmad (Setiausaha Agung) dan Puan Maria Kamel (Exco WADAH) menerima kunjungan hormat daripada pimpinan Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) yang dihadiri oleh Tuan Haji Abdul Ghaffar Sharif (Ketua Pegawai Eksekutif), Sdr. Azhar Soo (Setiausaha Agung), Tuan Haji Munawer Ismail (Pengarah Strategi), Sdr. Abdul Ghani Abdullah (Bendahari), dan Tuan Haji Abd Rahim Ab Hamid (AJK)

Kunjungan hormat diakhiri dengan sesi pemberian cenderamata dan bergambarGabungan Dakwah Malaysia (GDM) merupakan sebuah gabungan yang berdaftar secara rasmi di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (PPM-019014-20092017) pada 20 September 2017. Gabungan ini mengumpulkan lebih 30 buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memberi fokus dakwah kepada masyarakat majmuk.

Dalam kunjungan hormat yang sama, Tuan Haji Abdul Ghaffar menerangkan peranan  GDM dan mengadakan perbincangan yang  memfokuskan isu dakwah kepada masyarakat majmuk serta peluang kerjasama kedua-dua belah pihak. Kunjungan ini diakhiri dengan sesi bergambar dan pemberian cenderamata.

Jumlah Pelawat Hari ini :
137
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
198,029
© 2024 WADAH. Hak Cipta Terpelihara.
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi