WADAH PENCERDASAN UMAT

UCAPAN TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI ANGGOTA KEHORMAT KESATUAN ULAMA MUSLIM SEDUNIA (IUMS)

Ketua Majlis Istisyari WADAH dan Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur bin Manuty telah dilantik sebagai Anggota Kehormat Kesatuan Ulama Muslim Sedunia.

Pelantikan ini diumumkan sendiri oleh Syeikh Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi, Presiden Kesatuan Ulama Muslim Sedunia (IUMS) ketika hari kedua Forum Global MADANI 2024 anjuran bersama WADAH Malaysia dan IKIM hari Khamis yang lepas. Seluruh pimpinan WADAH ingin merakamkan sekalung tahniah kepada YBhg. Prof. atas pelantikan ini.

Syeikh Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi, Presiden Kesatuan Ulama Muslim Sedunia (IUMS) mengumumkan pelantikan Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur bin Manuty sebagai Anggota Kehormat Kesatuan Ulama Muslim Sedunia ketika hari kedua Forum Global MADANI 2024

Pengiktirafan ini merupakan tanda penghargaan terhadap dedikasi, ilmu pengetahuan yang mendalam, dan sumbangan besar Prof. kepada komuniti dan ulama Muslim di seluruh dunia. Sebagai info tambahan, beliau adalah tokoh kedua diiktiraf sebagai Anggota Kehormat IUMS selepas Sheikh Raed Salah Abu Shakra daripada Palestin.

WADAH selaku organisasi Islam berasaskan dakwah di negara ini akan sentiasa mendokong dan memberikan kerjasama yang terbaik bagi manfaat Islam seluruh Malaysia.

WADAH yakin bahawa penyertaan YBhg. Prof. dalam IUMS akan memperkukuhkan lagi usaha organisasi ini dalam menangani cabaran-cabaran semasa yang dihadapi oleh umat Islam dan menyumbang kepada keamanan dan persefahaman global.

Semoga pelantikan ini dapat memberi manfaat kepada ummah dan semoga Allah SWT terus memberkati Prof. dengan kejayaan dalam semua usaha dan memberikan kekuatan untuk meneruskan kerja yang mulia ini.

Poster ucapan tahniah kepada Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur bin Manuty
Surat ucapan tahniah daripada WADAH Malaysia kepada Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur bin Manuty




Jumlah Pelawat Hari ini :
137
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
198,029
© 2024 WADAH. Hak Cipta Terpelihara.
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi