WADAH PENCERDASAN UMAT

FORUM MADANI GLOBAL 2024, MEDAN PERBAHASAN KEBANGKITAN KETAMADUNAN ISLAM

Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan Institut Kemajuan Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Forum Madani Global 2024 bertemakan โ€๐—–๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—น๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ป๐—ด ๐˜๐—ต๐—ฒ ๐—ก๐—ฒ๐˜…๐˜ ๐—–๐—ถ๐˜ƒ๐—ถ๐—น๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น ๐—ฅ๐—ฒ๐˜ƒ๐—ถ๐˜ƒ๐—ฎ๐—นโ€ pada 10 dan 11 Julai 2024 yang akan menjadi wadah perbahasan dalam merangka strategi ke arah ketamadunan Islam masa hadapan serta membincangkan tema-tema kebangkitan peradaban Islam yang seterusnya dalam pelbagai sudut.

Program bertempat di Grand Ballroom, Level 9, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur akan mengumpulkan pakar-pakar seluruh dunia dalam bidang ketamadunan Islam termasuk para aktivis, penggubal dasar dan diplomat negara. Menariknya, program ini akan turut dihadiri Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Dr Ali Muhyiddin Al-Qaradaghi dan pakar Ketamadunan Islam, Prof Dr Omar Hasan K Kasule serta dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari kedua.

Dijemput semua untuk hadir ke program ini melalui link borang pendaftaran di bahagian bawah penulisan. Orang ramai boleh mengikuti Program Forum Madani Global 2024 di media rasmi TV AlHijrah, IKIMfm, TV IKIM dan WAPTv Malaysia.


DAFTAR





Jumlah Pelawat Hari ini :
137
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
198,029
ยฉ 2024 WADAH. Hak Cipta Terpelihara.
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi