WADAH PENCERDASAN UMAT

SIRI BENGKEL PEMBERDAYAAN PETUGAS JAMAAH SIRI 1: PERSONALITI DAN PENAMPILAN DIRI

4 Julai 2024, Selangor – Bagi melahirkan petugas jmaah yang kompeten, Siri Bengkel Pemberdayaan Petugas Jamaah Siri 1 telah diadakan dengan tajuk Bengkel Personaliti dan Penampilan Diri bertempat di Bilik Mesyuarat Anjung Rahmat, Sungai Merab Bangi Selangor bermula jam 10 pagi sehingga 1 petang.

Menariknya, bengkel kali pertama ini diisi oleh sosok yang dikenali ramai, seorang mantan pengacara TV profesional bernama Tuan Nizal Mohammad dan dihadiri seramai 4 orang pelajar latihan industri serta 8 orang petugas sepenuh masa Sekretariat WADAH Pusat.

Tuan Nizal memulakan pengisian dengan memberi tanda tanya kepada peserta, untuk apa penampilan diri dan personaliti ini perlu diberi penekanan, antaranya kerana manusia adalah sebaik-baik ciptaan dan perlu menggalas tugas sebagai khalifah di muka bumi. Maka untuk mencapai tujuan itu, komunikasi yang efektif semasa manusia perlu berlaku setiap hari supaya setiap gerak kerja berjalan dengan lancar dan berkesan.

Di sinilah Tuan Nizal membentangkan apakah teknik-teknik komunikasi yang berkesan antaranya ialah kelancaran sebutan, intonasi suara, keperluan jeda dan permainan emosi supaya mesej yang disampaikan diterima secara jelas kepada para pendengar. Semua teknik ini bukan sahaja berguna ketika Tuan Nizal bergiat dalam dunia siaran media, tetapi juga ketika dia beraktivis secara aktif dalam gerakan belia suatu masa dahulu sehingga tertubuhnya Skuad Pembangunan Sosial & Komuniti ABIM.

Terima kasih kepada pihak sekretariat WADAH Pusat atas penganjuran bengkel yang amat bermakna ini. Diharapkan dengan adanya bengkel seperti ini dapat memberikan satu nilai tambah kepada petugas jamaah untuk melaksanakan tugas-tugas yang diberikan dengan lebih cemerlang dan efisen kepada gerakan Islam dan seterusnya seluruh ummat.








Jumlah Pelawat Hari ini :
137
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
198,029
© 2024 WADAH. Hak Cipta Terpelihara.
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi