WADAH PENCERDASAN UMAT

NAIB PRESIDEN WADAH HADIR KE SIDANG MEDIA KHAS GLOBAL MADANI FORUM 2024

4 Julai 2024, Kuala Lumpur – Alhamdulillah telah berlangsung Sidang media khas Global Madani Forum 2024 bersama Tn. Haji Mohd YUSOF Hassan mewakili WADAH Malaysia selaku Naib Presiden, Ketua Pengarah IKIM, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil dan  Pn. Nadzariah Mohamed, Ketua Operasi, TV Hijrah yang diadakan di Bilik Grand Ruby, Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur. 

Sidang media ini diadakan bagi mengumumkan program berskala global iaitu Forum MADANI Global 2024 pada 10 dan 11 julai ini bagi membincangkan strategi ke arah mengembalikan semula era kegemilangan ketamadunan Islam yang akan disertai oleh pakar ketamadunan Islam dari seluruh pelusuk Dunia. 

Program yang bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang selama 2 hari ini turut dianjurkan dengan kerjasama International Institute of Islamic Thought, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Institut Darul Ehsan, Majlis Da’wah Islam Serantau Asia Timur dan Pasifik dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).










Jumlah Pelawat Hari ini :
137
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
198,029
© 2024 WADAH. Hak Cipta Terpelihara.
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi