WADAH PENCERDASAN UMAT

PROGRAM BENGKEL KEIBUBAPAAN O.S.E.M DEDAH PESERTA ASAS KEIBUBAPAAN SEJAHTERA

29 Jun 2024, KUALA LUMPUR – Keluarga yang sejahtera terbina apabila ibubapa memahami dan mempraktikkan gaya dan fungsi keibubapaan untuk mencapai objektif kekeluargaan. Justeru, Program Bengkel Keibubapaan O.S.E.M; Optomistik, Sokong, Empati dan Matlamat diadakan sebagai memenuhi tanggungjawab sosial dalam menyedia pendidikan kemahiran keibubapaan kepada masyarakat.

Bertempat di International Youth Centre (IYC) Bandar Tun Razak, sesi bengkel telah disampaikan oleh Tn. Kamarul Azami Mohd Zaini, Pn. Wan Najihah Wan Hassan serta Pn. Wan Fadhilah Wan Ibrahim melalui 3 slot iaitu “Sesi 1: Asas Keibubapaan”, “Sesi 2: Perkembangan J.E.R.S.I Anak-anak” serta “Sesi 3: Membina Karakter Positif Anak”. Turut hadir, Tn. Fauwaz Hasbullah dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Terima kasih kepada semua peserta dan rakan strategik kerjasama program. InshaAllah program pembangunan keibubapaan ini akan diteruskan dalam usaha memenuhi keperluan kerohanian, kebajikan serta sosial individu dan keluarga dalam memenuhi gagasan masyarakat Madani.

#Pencerdasan
#KeibubapaanOSEM





































































































Jumlah Pelawat Hari ini :
137
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
198,029
© 2024 WADAH. Hak Cipta Terpelihara.
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi