WADAH PENCERDASAN UMAT

PELANCARAN PUSAT TUNAS NAHDAH PERTAMA WADAH DI MELAKA

31 Mei 2024, ALOR GAJAH –  Alhamdulillah, Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden WADAH telah hadir melancarkan Pusat Tunas Nahdah Alor Gajah, yang pertama seumpamanya di Melaka. Beliau hadir berkongsi aspirasi dan gerak kerja Tunas Nahdah dan seterusnya melancarkan Pusat Dakwah & Tarbiyah (PDT) ini yang diurus selenggara oleh WADAH Melaka.

Dato’ Ahmad Azam dalam ucapan beliau menegaskan bahawa penubuhan Pusat Tunas Nahdah ini adalah untuk menterjemahkan konsep Ihsan, salah satu dari 6 rukun MADANI. Ihsan dalam konteks kepedulian kepada masyarakat dengan misi rahmatan lil a’lamin serta merasai keberadaan Allah taala setiap masa melalui kelas-kelas agama dan majlis ilmu. Permasalahan masyarakat sekeliling akan disantuni melalui khidmat dan pelbagai kerja kebajikan yang dilaksanakan di Pusat ini serta kepakaran dan pengalaman ahli-ahli akan dimanfaatkan sepenuhnya.

Turut hadir dalam Program Pelancaran Tunas Nahdah malam tadi ialah Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil (Mufti Negeri Melaka), Sahibus Samahah Ust Hazarudin (Timbalan Mufti Negeri Melaka), Datuk Hasanuddin (Yang DiPertua YADIM) serta Ustaz Halim Ismail (Pengarah YADIM Melaka). Yang DiPertua ABIM Negeri Melaka, Dr. Mohd Nurishaq Mohd Fauzi serta Sdr Muhammad Haikal Mohd Shahriman, YDP PEPIM turut hadir sama.

Penyampaian pek makanan Jejak Dua’fa turut disampaikan kepada keluarga dan individu yang memerlukan.

Majlis ini turut diadakan sebagai majlis kesyukuran atas penganjuran Konvensyen Madani 2024 yang telah berjaya dijalankan pada 24 & 25 Mei lalu di Ayer Keroh, Melaka.



































Jumlah Pelawat Hari ini :
137
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
198,029
© 2024 WADAH. Hak Cipta Terpelihara.
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi