WADAH PENCERDASAN UMAT

PERDANA MENTERI RASMI KONVENSYEN MADANI 2024

24 – 25 Mei 2024,  AYER KEROH –Konvensyen Madani Tahun 2024 anjuran anjuran bersama Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Jabatan Mufti Negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah berlangsung selama 2 hari bertempat di Ames Hotel, Melaka.

Seminar selama 2 hari ini diadakan sebagai platform perbincangan dan diskusi bagi menghurai gagasan Madani dalam kalangan peserta agar mereka mempunyai kerangka fikir dan bertindak dengan lebih baik seterusnya dapat melakukan lonjakan paradigma ke arah membangun Malaysia Madani.

Ucaptama bertajuk “Madani dan Kenegaraan Islam” telah disampaikan oleh YBhg Prof Dato Dr Muhammad Manuty, Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada hari pertama seminar.

Sesi 1 pembentangan kertas kerja telah diisi 2 orang panel iaitu YBhg. Prof. Dr Shahrin bin Sahib@Sahibuddin, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan tajuk “Teknologi dan Media Sosial Dalam Membentuk Minda Madani” dan YBhg. Prof. Dr. Syed Muhammad Khairudin Aljunied, Pensyarah Kanan University of Singapore dengan tajuk “Madani: Pendidikan Dalam Pembinaan Tamadun”. Sesi telah diterajui oleh YBhg. Dr Mohamad Nazli Omar, Pensyarah Kanan Keilmuan Islam, Universiti Melaka.

Sesi kedua pembentangan seterusnya telah diisi 3 orang panel iaitu Prof. Emeritus Dato’ Dr. Osman Bakar daripada International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), IIUM dengan tajuk “Malaysia Madani dan Falsafah Pembinaan Negara Bangsa”, YBhg. Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, Yg. Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan tajuk “Keyakinan dan Integriti Dalam Pembinaan Malaysia Madani”dan Prof. Dato’ Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Pengarah The International Institute of Islamic Thought (IIIT) East Asia dengan tajuk kertas kerja “Daya Cipta, Inovasi dan Kecerdasan Buatan (AI) Memperkukuh Maalysia Madani”. Sesi ini telah diterajui oleh Prof. Dr. Nor Zuraida binti Zainal, Exco SALWA Malaysia selaku moderator.

Sesi seminar pada hari seterusnya dimulai dengan sesi ucaptama kedua bertajuk “Maqasid Framework In Strengthening The Malaysia Madani Policy” disampaikan oleh Prof. Dr. Jasser Auda, Visiting Professor ISTAC-IIUM dan Presiden Institut Maqasid.

Sesi pembentangan kertas kerja diteruskan oleh Dato’ Dr. Haji Nooh bin Gadot, Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dengan tajuk “MADANI: Keindahan Islam Dalam Pembangunan Malaysia Sejahtera”. Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden WADAH turut sama menyampaikan kertas kerja bertajuk “MADANI: Pemberdayaan Komuniti, NGO dan Badan Dakwah”. Sesi diakhiri dengan pembentangan kertas kerja daripada Prof. Madya Dr. Basma Abdelgafar, Timbalan Presiden  Institut Maqasid dengan tajuk “MADANI: Ihsan, Family and Women Empowerment”. Moderator bagi sesi ini diterajui oleh Tn. Shamsuri Jamil, Pensyarah Kanan, Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia.

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia telah hadir bagi merasmikan Konvensyen Madani Tahun 2024 diiringi oleh YAB Datuk Seri Utama Abdul Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka pada penutup konvensyen.

Terima kasih kepada semua para peserta, para penganjur, rakan-rakan strategik NGO serta individu yang telah menjayakan konvensyen ini.

Bahan-bahan kertas kerja para panel serta resolusi seminar boleh dimuat turun di website WADAH di link berikut https://wadah.org.my/muat-turun/. Moga bermanfaat bagi semua.












































































Jumlah Pelawat Hari ini :
137
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
198,029
© 2024 WADAH. Hak Cipta Terpelihara.
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi