WADAH PENCERDASAN UMAT

WADAH MENGECAM TINDAKAN SERANGAN GANAS TERHADAP ANGGOTA POLIS DI ULU TIRAM, JOHOR

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) mengutuk perbuatan serangan ganas yang mengakibatkan dua anggota polis maut dan seorang lagi cedera selepas diserang oleh seorang lelaki bertopeng dalam kejadian di Balai Polis Ulu Tiram, di sini, awal pagi Jumaat.

Kumpulan Jemaah Islamiyyah (JI) dikaitkan dengan serangan ini yang belum kita ketahui motifnya akan membawa salah faham dan naratif negatif terhadap Islam. Walau bagaimanapun, perbuatan ini telah ditandai sifat melampaui batas dalam agama dan mencorak sifat untuk merosakkan hubungan sesama manusia.

Sifat melampaui batas, ekstremis serta diikuti dengan perbuatan ganas fizikal boleh didorong oleh sesetengah individu atau kelompok yang sentiasa mempromosikan atau menggalakkann sifat taasub kepada sesuatu ideologi atau kepimpinan.

Masyarakat harus memandang serius terhadap peristiwa yang berlaku ini dan mengambil tindakan pro aktif bagi membendung unsur-unsur hasutan, memfitnah, melabel seseorang dengan berniat jahat dan lain-lain perbuatan yang boleh membawa unsur taasub, membenci di antara satu sama lain serta memecahbelah masyarakat . Ianya boleh berlaku melalui ceramah politik, sosial media, serta sebaran bercetak.

WADAH menggesa pihak keselamatan negara segera bertindak terhadap individu atau kumpulan yang menunjukkan tanda-tanda ekstremisme, ganas, sentiasa mencari ruang-ruang permusuhan atas nama agama, bangsa atau parti.

WADAH berharap masyarakat di negara ini menghargai keamanan, kemakmuran serta hidup damai yang kita kecapi selama ini adalah kurniaan Illahi dan persefahaman perpaduan rakyat sendiri.

WADAH mengucapkan takziah kepada keluarga anggota polis yang telah terkorban dalam serangan tersebut.

AZIZUDDIN AHMAD
Setiausaha Agung
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

www.wadah.org.my

Jumlah Pelawat Hari ini :
137
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
198,029
© 2024 WADAH. Hak Cipta Terpelihara.
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi