WADAH PENCERDASAN UMAT

PERTEMUAN PELAJAR MALAYSIA & KEMBOJA BERSAMA PRESIDEN WADAH & PESERTA ZUBHA 24

PADANG – Pertemuan WADAH dan peserta Ziarah Ukhwah Buya HAMKA 2024 (ZUBHA 24) dengan mahasiswa Malaysia & Kemboja daripada Universiti Islam Negeri (UIN) Imam Bonjol Padang bertempat di Restoran Pondok Ikan Bakar Khatib, Padang, Sumatera Barat.

Seramai 14 orang mahasiswa hadir ke pertemuan ini yang dimulai dengan ucapan sambutan daripada wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI), saudara Aiman Fitri. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan sambutan oleh Presiden WADAH, Dato Ahmad Azam Ab Rahman.

Antara isi penting ucapan tersebut ialah peranan mahasiswa dalam membina semangat dan misi Ummatik supaya Umat Islam di seluruh dunia boleh bersatu boleh diteladani melalui tokoh tersohor, Buya HAMKA sebagai penyatu Umat Islam di Asia Tenggara. Para pelajar diingatkan agar terus bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu serta menabur bakti di negara masing-masing dalam usaha menegakkan Islam dan membangun ummah bersama.

Majlis diakhiri dengan sesi penyerahan cenderamata kepada setiap mahasiswa yang hadir dan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan buat para peserta dan pihak WADAH.
























Jumlah Pelawat Hari ini :
137
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
198,029
© 2024 WADAH. Hak Cipta Terpelihara.
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi