WADAH PENCERDASAN UMAT

PRESIDEN WADAH HADIR MENGISI BICARA DAKWAH MADANI SIRI 2 DI USIM

5 Januari 2024 –  Alhamdulillah telah berlangsung BICARA DAKWAH MADANI SIRI 2 bertajuk CITRA DAKWAH DALAM NAHDAH UMMAH disampaikan oleh Dato’ Haji Ahmad Azam Bin Abdul Rahman selaku Anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia OIC dan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH). Majlis ilmu ini diadakan di Dewan Utama DKF 1.1 Fakulti Ekonomi Muamalat (FEM) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan dimoderatorkan oleh saudara Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar yang merupakan Pengarah Al-Hady Centre (Pusat Kajian Pemikiran dan Ketamadunan Islam Pulau Pinang). Antara perkongsian penting disampaikan ialah kriteria imam masjid di era Sultan Suleiman iaitu:1. Menguasai Bahasa Arab, Latin, Turki dan Parsi.2. Menguasai Ilmu Al-Quran, Injil dan Taurat.3. Mempunyai kepakaran Ilmu Syariah dan perundangan.4. Menguasai Ilmu Fizik & Matematik5. Berkemahiran dalam memanah, berlawan pedang dan ilmu peperangan.6. Berperawakan menarik.7. Mempunyai suara yang kuat dan merdu.  Semoga beroleh manfaat.

Baca juga : https://www.usim.edu.my/ms/berita/bicara-dakwah-madani-siri-ii-membentuk-citra-dakwah-dalam-nahdah-ummah-untuk-pemimpin-masa-depan/












Jumlah Pelawat Hari ini :
137
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
198,029
© 2024 WADAH. Hak Cipta Terpelihara.
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi