WADAH PENCERDASAN UMAT

WADAH SELANGOR ANJUR SEMINAR HIDUP DAMAI BERSAMA MENURUT BUDDHA, HINDU, KRISTIAN & ISLAM

28 Oktober 2023, SHAH ALAM – Alhamdulillah, WADAH Selangor dan Institut Pemikiran dan Kepemimpinan Siddiq Fadzil UNISEL telah bekerjasama menganjurkan “Seminar Hidup Damai Bersama Menurut Buddha, Hindu, Kristian & Islam” bertempat di Dewan Kuliah 2, Universiti Selangor (UNISEL), Shah Alam. Seminar yang dianjurkan sempena Muktamar WADAH Selangor kali ke-16 ini turut mendapat kerjasama daripada Pusat Islam Universiti Selangor, Malaysia Hingu Sangam, Council of Churches of Malaysia (CCM) dan Buddhist Missionary Society Malaysia (BMSM).

Seminar ini diadakan bagi membentuk kefahaman yang jitu dan menyeluruh dalam diri masyarakat umum tentang konsep Hidup Damai Bersama oleh agama lain dan konsep ‘alta’ayush al-silmi’ dan prinsip ‘wasatiyyah’ menurut Islam, menyemarakkan syiar Islam dalam konteks kaedah mu’amalah (tatacara perhubungan) sebagai warga agama majoriti di Malaysia kepada masyarakat bukan Muslim agar ianya dapat difahami oleh mereka sekaligus membina kesedaran tentang tanggungjawab mengangkat agenda perpaduan dan penyatuan di kalangan rakyat Malaysia.

Ucapan perasmian seminar telah disampaikan oleh Prof. Dr. Md Sidin Ahmad Ishak, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor (UNISEL). Seterusnya, sesi perkongsian disampaikan oleh 4 panel mewakili 4 agama utama di Malaysia iaitu Tn. Thai Ming Yeow (Penolong Setiausaha Agung BMSM), Dr. Muralitharan Paramasua (Ahli Majlis Pusat Malaysia Hindu Sangam), Dr. Dennis Raj (Presiden Tamil Annual Conference of the Methodist Church of Malaysia) dan Ustaz Dr. Ahmad Zaki Abdul Latiff (Pengerusi WADAH Selangor).

Semoga seminar ini menyuburkan budaya kesopanan dan kesusilaan warga Malaysia sesuai dengan prinsip Rukun Negara seraya membentuk hubungan masyarakat yang lebih utuh.

Dapatkan bahan seminar di https://wadah.org.my/muat-turun/

Sesi muktamar dan pelancaran 2 buah buku bertajuk ‘PMX Memimpin Negara Di Zaman Pasca Normal’ dan ‘Zuhud’ diteruskan pada sesi petang. Sdr Khairul Arifin Mohd Munir, Penolong Setiausaha WADAH hadir menyempurnakan peluncuran.

 

#PencerdasanUmat#SiddiqFadzil#KepelbagaianDalamBingkaiKesatuan























Jumlah Pelawat Hari ini :
137
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
198,029
© 2024 WADAH. Hak Cipta Terpelihara.
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi