WADAH PENCERDASAN UMAT

SIRI-6 SEMINAR FIKRAH SIDDIQ FADZIL : GENERASI MUDA DAN PERUBAHAN MINDA BERLANGSUNG DI MELAKA

28 Oktober 2023, AYER KEROH – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Melaka dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP), Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka dan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Melaka telah menganjurkan Seminar Fikrah Siddiq Fadzil, bertempat di Ballroom Al Ariffin, Hotel Mudzaffar Melaka.

Dengan tema ‘Generasi Muda dan Perubahan Minda’, seminar separuh hari ini telah mendedahkan Masyarakat Belia berkait pemikiran dakwah dan kepimpinan ummah berpandukan pemikiran Al Marhum Prof. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abd Halim ketika merasmikan seminar menegaskan bahawa Malaysia tidak pernah ketandusan melahirkan kaum intelektual yang hebat. Dalam kegalauan pemikiran dan kekacauan sosial pasca pandemik, suntikan pemikiran dan fikrah pemikir seperti Almarhum Ustaz Siddiq Fadzil adalah sangat dituntut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Mission (GPM) Malaysia , Sdr. Ahmad Fahmi Mohd Samsudin yang juga merupakan ahli panel bagi seminar ini, mencadangkan agar tokoh ilmuan negara ini, Allahyarham Prof. Dato’ Siddiq Fadzil diangkat sebagai pejuang kedamaian sejagat, sejajar dengan wawasan dan pemikiran yang dicetuskan tokoh ilmuan berkenaan ketika hayatnya.

Pengarah Seminar Fikrah Siddiq Fadzil yang juga merupakan Yang Dipertua ABIM Melaka, Dr Mohd Nurishaq Mohd Fauzi berkata, Al Marhum telah meninggalkan khazanah keilmuan yang tidak ternilai harganya, yang perlu dirujuk dan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh generasi muda hari ini.

Ucaptama seminar telah dikupas dengan kemas oleh YB Senator Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Awang Sariyan Kembara Bahasa , Ahli Dewan Negara Parlimen Malaysia. Dua orang ahli panel iaitu Sdr. Ahmad Fahmi Mohd Samsudin , Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Mission (GPM) Malaysia dan Dr. Jufitri Bin Joha , Pengerusi Benevolent Malaysia telah mengisi slot forum dengan saling berdiskusi dan melontarkan saranan demi saranan bertemakan Generasi Muda dan Perubahan Minda.

Kredit : ABIM Melaka
























Jumlah Pelawat Hari ini :
137
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
198,029
© 2024 WADAH. Hak Cipta Terpelihara.
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi