WADAH PENCERDASAN UMAT

BENGKEL KEIBUBAPAAN O.S.E.M PERKASA ILMU IBUBAPA MUDA

24 September 2023, KUALA LUMPUR – Alhamdulillah sedang berlangsung Bengkel Keibubapaan O.S.E.M. bertempat di Pusat Pemerkasaan Pendidikan dan Komuniti (PREPKOM) PPR Hiliran Ampang anjuran Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), International Institute of Islamic Thought (IIIT), Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dan Pusat Pemerkasaan Pendidikan Dan Komuniti (PREPKOM). Akronim O.S.E.M di sini bermaksud Optimis, Sokong, Empati dan Matlamat yang Jelas.
 
 
Program ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Nadiah bt Mohamed Ariffin, Eksekutif Kanan, Jabatan Pembangunan & Kesejahteraan Komuniti, Yayasan Wilayah Persekutuan dan ucapan perasmian oleh En. Shahran bin Kassim selaku Timbalan Pengarah IIIT South East Asian. Antara yang diterapkan dalam ucapan adalah berkenaan emosi dan kesihatan mental anak-anak terutama mereka yang jarang berinteraksi dengan kawan-kawan dan tidak keluar bermain bagi meningkatkan lagi kemahiran asas seperti motor skill, audio visual dan bersosial. 
 
Berikut beberapa input perkongsian daripada para panel yang hadir:

  • Sesi 1- “Asas Keibubapaan” disampaikan oleh Puan Norazizah binti A. Aziz;

“Ibu Bapa adalah komponen terpenting dalam sesebuah keluarga. Pada asasnya, Keibubapaan yang berkesan dapat menyediakan suasana yang mesra dan penuh kasih sayang bagi membolehkan anak-anak berkembang. Persekitaran seperti ini penting untuk menjalin hubungan bagi meningkatkan komunikasi dan merapatkan ikatan antara anak-anak dan ibu bapa.”
 
 

  • Sesi 2- “Perkembangan J.E.R.S.I. Anak-anak” disampaikan oleh Dr. Mohd Nurishaq Bin Mohd Fauzi;

Slot kedua ini memfokuskan kepada maksud J.E.R.S.I itu sendiri iaitu jasmani, emosi, rohani, sahsiah dan intelek anak-anak contohnya sudut seksualiti, do’s and don’t, adab dengan ibu bapa di rumah, cara berpakaian, supaya ibu bapa sedar dan cakna terhadap perkembangan anak-anak dari setiap sudut.
 
 

  • Sesi 3- “Membina Karakter Positif Anak” disampaikan oleh Puan Nur Shamimi bt Shaharom;

Sesi terakhir ini menyentuh soal beberapa Karakter Positif yang perlu dididik kepada anak contohnya sifat jujur, yang sukar ditanam jika anak sudah biasa bercakap bohong. Kenapa anak berbohong? Biasanya sebab takut dihukum apabila ada melakukan kesalahan, jadi ibu bapa perlu kekal tenang, yakin dan bersabar berinteraksi secara baik dengan anak agar mereka tidak takut untuk bercakap benar.
 
Semoga bermanfaat untuk semua.
 

















Jumlah Pelawat Hari ini :
137
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
198,029
© 2024 WADAH. Hak Cipta Terpelihara.
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi