WADAH PENCERDASAN UMAT

SETIAUSAHA WADAH SERU AHLI PERTINGKAT KOMITMEN DAN JAUHI POLITIK GHULUW DI IJTIMAK HARAKIY WAP NEGERI KELANTAN

23 September 2023, KOTA BHARU – Tn. Hj. Azizuddin Ahmad, Setiausaha Agung WADAH telah hadir merasmikan Ijtimak Harakiy WAP Negeri Kelantan bertempat di Kompleks Pendidikan al-Hikmah.

Beliau menyeru untuk mempertingkat komitmen menyebarluaskan risalah dakwah ini serta mengenal pasti “niche” untuk WADAH negeri menjadi “visible” dalam masyarakat termasuk membina trademark tersendiri. Dalam masa yang sama, tetap mempertahankan kesederhanaan dalam pendekatan dakwah yang membawa misi rahmatan lil ‘alamin. WADAH tegas menolak politik “ghuluw” yang bertentangan dengan tabiat, uslub dakwah dan tarbiyah Rasulullah s.a.w yang digariskan juga oleh pendahulu gerakan WADAH-ABIM-PKPIM. Semoga Allah merahmati dan memudahkan amal dakwah di Kelantan.









































Jumlah Pelawat Hari ini :
137
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
198,029
© 2024 WADAH. Hak Cipta Terpelihara.
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi