WADAH PENCERDASAN UMAT

PRESIDEN WADAH SERU KESEPADUAN ANAK MUDA & ORANG LAMA DEMI DAKWAH DI SABAH

14 SEPT 2023, LIKAS – Para penggerak dan pimpinan WADAH-ABIM-PKPIM (WAP) Negeri Sabah mengadakan Majlis Ilmu WAP Sabah bersama Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) Malaysia bertempat di Rumah Putih, Likas Kota Kinabalu.  Dalam majlis ini, Dato’ Ahmad Azam menyampaikan beberapa pesanan dakwah dan berkongsi beberapa isu semasa yang berlegar dalam negara serta mengemaskini isu umat Islam di luar negara khususnya di Afghanistan. Beliau juga meminta agar gerakan dakwah dan pendidikan di Sabah akan terus berkembang dan memenuhi keperluan masyarakat setempat serta perlunya ada kesepaduan gerakan antara anak muda dan orang lama, NGO dan kerajaan bagi mengoptimumkan keupayaan dan sumber secara strategik.  Turut hadir Sdra. Mohamad Fazril Saleh, Setiausaha Agung ABIM Pusat, En. Abdul Manap Mahmud, Pengerusi WADAH Sabah, Sdra. Mohd Nur Hilmie Bin Milus, Yang Dipertua ABIM Sabah, Sdra. Mouhammad Iszuddin Hasanuddin, Yang Dipertua PKPIM Sabah serta beberapa pimpinan utama WAP Sabah dan agensinya.  Terima kasih kepada Tuan Hj. Sulaiman Bin Othman dan Umi Hjh. Faridah Binti DSP Abu Bakar Titingan yang menawarkan rumah mereka sebagai lokasi majlis ilmu kali ini. Semoga dimurahkan rezeki dan mendapat rahmat Allah SWT.  Semoga kekuatan dan kesungguhan gerak kerja dakwah WAP Negeri Sabah akan terus meluas dan memberi manfaat kepada lebih ramai masyarakat di Sabah dan sekitarnya.    Kredit: fb ABIM Sabah












Jumlah Pelawat Hari ini :
137
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
198,029
© 2024 WADAH. Hak Cipta Terpelihara.
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi