WADAH PENCERDASAN UMAT

PRESIDEN WADAH HADIR MENGISI WACANA MALAYSIA MADANI SEMPENA MUKTAMAR NEGERI WADAH SABAH

15 September 2023, Kota Kinabalu – Presiden WADAH, Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman telah hadir mengisi “Wacana Malaysia Madani: Latar Sejarah dan Cabaran Geopolitk Antarabangsa” anjuran WADAH SABAH, Sektor Pendidikan Islam JPNS, YADIM dan ABIM Sabah bertempat di Auditorium Tun Ahmad Rafae, Menara Tun Mustapha, Yayasan Sabah. Tn Hj Abd Rahman Yakub, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah turut hadir sebagai pembentang kedua.  Majlis telah disempurnakan oleh YB Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia dan diakhiri dengan bengkel khusus, dikendalikan oleh Sdr Ahmad Saparudin Yusup, Pengarah Kanan YADIM.  Dato’ Ahmad Azam turut hadir merasmikan Muktamar Negeri WADAH Sabah kali ke-17 yang diadakan keesokannya diikuti Majlis Makan Malam Mahabbah WADAH-ABIM-PKPIM Sabah pada sebelah malam.  Moga usaha dakwah terus dapat diperkukuh dan disebar luas manfaatnya pada masyarakat Sabah seluruhnya.   #MUKRI WADAH#MalaysiaMADANI











































Jumlah Pelawat Hari ini :
137
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
198,029
© 2024 WADAH. Hak Cipta Terpelihara.
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi