WADAH PENCERDASAN UMAT

BICARA PEMIKIRAN PROF. DATO’ DR. SIDDIQ FADZIL SEMPENA MAHRAJAN PERSURATAN & KESENIAN ISLAM NUSANTARA SABAH KALI KE-13

13 SEPT 2023, MEMBAKUT – Telah berlangsung Program Bicara Pemikiran Prof. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil bersempena dengan Mahrajan Persuratan & Kesenian Islam Nusantara Sabah Kali Ke-13 di Dewan Sri Wawasan Kg. Pimping Membakut.

Bicara bertajuk “Bahasa, Sastera Budaya Dan Transformasi Sosial : Peranannya Dalam Pemerkasaan Tamadun Bangsa” dibentangkan oleh YB Senator Datuk Seri Prof Dr. Awang Sariyan, Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia dan Tokoh Bahasa dan Sastera. Pembicara lain yang turut membentang ialah Sdr. Mohamad Fazril Saleh, Setiausaha Agung ABIM dan En. Abdul Manap Mamud, Pensyarah Kanan UiTM Caw. Sabah.
Majlis penyampaian cenderahati kepada panel pembentang disempurnakan oleh YBrs. Ustaz Mohamad Sidik Bin Awang Adi, Ketua Penolong Setiausaha Kanan di Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (Tugas-Tugas Khas) Jabatan Ketua Menteri merangkap Ketua Penyelaras Mahrajan Persuratan & Kesenian Islam Nusantara, Sabah. Turut hadir Puan Jennitah Nordin, Timbalan Pengarah DBP Sabah dan Sdra. Mohd Nur Hilmie Bin Milus, Yang Dipertua ABIM Sabah.

Program Mahrajan ini berlangsung selama 3 hari bermula 12 sehingga 14 September 2023 yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah – Jheains , JAKIM Sabah , Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sabah, Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah dan ABIM Sabah.
Antara program lain yang berlangsung antaranya Kursus Pengendalian Makanan Dalam Islam, Malam Citra Budaya Islami, Bicara Pemikiran Prof. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil & Forum Perdana Ehwal Islam.

Terima kasih kepada Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, MUIS, JHEAINS, JAKIM Sabah, DBP Sabah dan Perbadanan Baitulmal Sabah atas segala kerjasama.

Kredit: fb ABIM Sabah

https://www.facebook.com/abim.sabah






















Jumlah Pelawat Hari ini :
137
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
198,029
© 2024 WADAH. Hak Cipta Terpelihara.
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi