WADAH PENCERDASAN UMAT

BERSEDIA MENJADI RAKAN STRATEGIK MEMPERKASAKAN ISLAM

7 Safar 1445H – 24 Ogos 2023  Pada hari ini, Himpunan Gerakan Islam Malaysia telah adakan kunjungan hormat kepada YB Menteri Agama untuk menyampaikan resolusi Wacana dan Majlis Pengisytharan Himpunan Gerakan Islam Malaysia yang diadakan tanggal 19 Muharram 1445H, 7 Ogos 2023. Himpunan Gerakan Islam Malaysia yang terdiri daripada gerakan-gerakan Islam utama di Malaysia bersedia sebagai rakan strategik Pejabat Menteri JPM – Hal Ehwal Agama dalammenjayakan agenda pemerkasaan Islam di Malaysia. Himpunan Gerakan Islam Malaysia bersama-sama menzahirkan sokongan, dokongan serta kerjasama kepada usaha YB Menteri Agama serta jabatan dan agensi di bawah beliau, untuk menolak ekstremisme dan memperkasakan nilai kesederhanaan Islam (wasatiyah) ke arah keharmonian, perpaduan serta kemajuan negara. Himpunan Gerakan Islam Malaysia menyatakan dokongan terhadap agenda membangun nilai-nilai Madani dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Kami akan memberi fokus di dalam pengukuhan dan pendidikan nilai-nilai madani dari aspek kesederhanaan Islam (wasatiyah) dan perpaduan ummah ke seluruh lapisan masyarakat sehingga ke akar umbi. Himpunan Gerakan Islam Malaysia juga akan bekerjasama di dalam menangkis sebarang salah faham dan kecelaruan terhadap Islam serta sebarang unsur pepecahan yang menjurus kepada ektremisme, radikalisme dan kemunduran negara. Himpunan Gerakan Islam Malaysia mengucapkan selamat maju jaya kepada kepimpinan YB Menteri dalam agenda memperkasa Islam di Malaysia terutama menerusi Pelan Transformasi Al Falah Menuju Malaysia Madani yang telah diperkenalkan. Himpunan Gerakan Islam Malaysia1. Wadah Pencerdasan Ummat Malaysia (WADAH)2. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)4. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)


Jumlah Pelawat Hari ini :
137
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
198,029
© 2024 WADAH. Hak Cipta Terpelihara.
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi